CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 912|Reply: 2

[Tempatan] 'Dia pun nak tengok bola...'

[Copy link]
Post time 26-11-2022 11:13 PM | Show all posts |Read mode
'Dia pun nak tengok bola...'


ULAR sawa yang ditangkap penduduk di Kampung Parit Mat Ali. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi.


Parit Buntar: Keasyikan sebuah keluarga di Kampung Parit Mat Ali, Kuala Kurau yang menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia di antara Poland dan Arab Saudi, 'terganggu' dengan kehadiran seekor ular sawa sepanjang lima meter berada di atas kerangka bumbung rumah, hari ini.

Mantan Jawatankuasa Pembangunan, dan Keselamatan Kampung (JPKK) Parit Mat Ali, Azhar Maturidi, berkata ketika kejadian dia terdengar bunyi bising kucing seperti bergaduh dari luar rumah.

Menurutnya sebaik diperiksa dia terkejut apabila mendapati seekor ular sawa sedang memanjat tiang dan cuba memasuki siling rumah melalui kerangka bumbung.

"Mulanya kami ingatkan bunyi kucing bergaduh namun sebaik pintu utama dibuka, saya terperanjat apabila mendapati seekor ular sawa sedang menjalar melalui tiang di luar dan cuba menyelinap masuk melalui siling rumah.

"Bagaimanapun ular sawa itu berjaya ditangkap oleh sekumpulan belia yang datang membantu.

"Usaha menangkap ular itu mengambil masa sekitar 10 minit dan kemudiannya diserahkan kepada Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk tindakan lanjut," katanya ditemui.

Azhar berkata, dia dan keluarga tidak menyangka kejadian itu dan ia kali pertama kejadian seumpama itu berlaku.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pun-nak-tengok-bola

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2022 03:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Demam world cup...bukan cuma manusia tapi ular pon x nak ketinggalan
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 09:05 AM | Show all posts
Poland 2 - Arab Saudi 0

Ada lagi ular tak nak lepaskan peluang tgk bola..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.425881 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list