CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2420|Reply: 49

[Jenayah] Isu perkauman : Laporan polis dibuat diseluruh negara

  [Copy link]
Post time 26-11-2022 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

By BORHAN AHMAD / November 26, 2022
Sekumpulan pemimpin muda Pakatan Harapan hari ini membuat laporan polis terhadap kempen yang mengajak kepada perkauman agama dan kaum semasa pilihan raya umum baru-baru ini.

Peguam yang mewakili kumpulan ini, Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi berkata, laporan ini dibuat bagi meminta pihak polis menyiasat kempen yang dibuat melalui sosial media ini menggunakan tiga akta iaitu Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia dan Akta Hasutan.

balai polis di seluruh negara di mana setiap negeri akan dibuat satu laporan polis, kata Sany Hamzan, Ketua Biro Mobilisasi parti AMANAH.

“Kita bimbang, jika ia tidak dikawal dari sekarang ia boleh merebak dan menjadi di luar kawalan nanti,” kata Sany yang menang di Parlimen Hulu Langat dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Naib Ketua Pemuda AMANAH, Razak Redzuan berkata, laporan polis ini dibuat bukan tindakan membalas dendam kepada musuh politik selepas PH menang.

“Ini bukan serangan balas dendam kepada musuh politik. Kalau ia hanya memberi kesan kepada ahli dan musuh politik sahaja tak apa tetapi ia menjejas keharmonian kaum dan agama.

Ia juga bukan soal penyokong parti mana tetapi rasis remark ini bahaya.

“Kalau ada penyokong kami terlibat, ambil tindakan yang sama,” kata beliau yang kalah di kerusi Parlimen Tasik Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini.

JANGAN TAHAN PENIUP WISEL TETAPI PIHAK YANG BERSALAH

Sementara itu, Setiausaha Agung MUDA, Amira Aisya Abdul Aziz meminta polis menyiasat pemilik akaun yang membuat penyataan perkauman bukannya orang yang mendedahkannya.

“Polis sepatutnya menyiasat juga pemilik akaun yang membuat remark perkauman sebagaimana yang dikumpulkan oleh pemilik akaun Twitter BumiLangit.

“Pihak polis tidak wajar menahan reman pemilik akaun Twitter BumiLangit sahaja tetapi tidak bertindak kepada pihak yang membuat penyataan resis itu,” kata Amira, Adun Johor itu.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2022 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila belum jadi kerajaan. Ke Hulu ke hilir suruh hapuskan akta hasutan. Kebebasan bersuara. Media freedom. Alih alih minggu pertama jadi kerajaan buat report polis seluruh negara nak suruh polis siasat hasutan. Lol
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita nak aman2 saja.. tak yah la provoke2.. rusuh2.. rugi kan semua aje.. aduhaii

Elok2 hidup aman damai kang tetiba kena dendiam kat rumah.. ekonomi pun down.. baru tau.. masa tu bising jugak lagik

Xtau la manusia ni nak apa sebenarnya dlm hidup..
Tak bersyukur betul..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 09:44 PM | Show all posts



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 26-11-2022 10:34 PM

alah kepoh kt media sosial jah. offline rasanya alhamdulillah okey jur. siape je nk kepoh2 pasal acik2 politik beria dan lama lama, semua org dh tau lah korg semua comolot, acah2 party sbb nk pecah undi. melainkan ade team team yg entah2 acik2 politik yg bwk sndiri.

also sbb skrg henpon pakat melekat kat tgn, jd over lah sikit melekat nyer. kalau kt tb siape je nk melekat dri pg smpi malam nk tgk drama politik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Superman jgn lupa dihencap yerk . Jgn buat hencapan yg terpilih jerk .
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-11-2022 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 26-11-2022 09:41 PM
Bila belum jadi kerajaan. Ke Hulu ke hilir suruh hapuskan akta hasutan. Kebebasan bersuara. Media fr ...

Nanti kalau dah kena angkut guna la alasan ni..tgk laku ke tidak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2022 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Solokkk replied at 26-11-2022 10:37 PM
Superman jgn lupa dihencap yerk . Jgn buat hencapan yg terpilih jerk .

Report polis la..jgn dok bising2 jadikan modal politik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2022 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 27-11-2022 12:44 AM
Nanti kalau dah kena angkut guna la alasan ni..tgk laku ke tidak

Obviously tak laku alasan ni. Just nak ingatkan ph je. Banyak mata memerhati dalam diam.

zaman 22 bulan ph jadi benchmark.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Solokkk replied at 26-11-2022 10:37 PM
Superman jgn lupa dihencap yerk . Jgn buat hencapan yg terpilih jerk .

Bukan dah kene tangkap ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
fairiza replied at 27-11-2022 06:38 AM
Bukan dah kene tangkap ke?

Yes dah ditahan. Thread pasal Superman pun dah ada. Tapi as expected, panatik2 reformasi tak berkutik nak hencap, cuba kalau bukan geng dorang yg ditahan
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 27-11-2022 12:45 AM
Report polis la..jgn dok bising2 jadikan modal politik

Report polis dah buat dan dah ditahan, tapi bukan dari panatik2 reformasi la. . Thread pun ejalti dah bukak, tapi panatik2 reformasi memilih tak nak hencap. Dasar…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2022 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 27-11-2022 12:53 AM
Obviously tak laku alasan ni. Just nak ingatkan ph je. Banyak mata memerhati dalam diam.

zaman 22 ...

Tu la..ramai jugak yg memerhati tetiba telur dah ada balik..saham melambung..ringgit meningkat.. bahaya ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2022 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Solokkk replied at 27-11-2022 10:04 AM
Report polis dah buat dan dah ditahan, tapi bukan dari panatik2 reformasi la. . Thread pun ej ...

Kat artikel atas tu pun ada bgtau laporan ni utk semua parti tak kira kawan atau lawan..tu pun ada yg buat2 buta
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Move on je la. Rakyat pun bosan ngan drama politik. Layan netplik lagi bagus
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 26-11-2022 09:41 PM
Bila belum jadi kerajaan. Ke Hulu ke hilir suruh hapuskan akta hasutan. Kebebasan bersuara. Media fr ...

Dah melampau sgt, takkan nk biarkan. Mempromosi kebencian sesama rakyat yg berlainan parti, berlainan kaum. Baik dibendung takut nnti masyarakat huru hara,  prejudis dan buat tindakan extreme. Dulu2 ok ja tapi sejak beberapa th ni makin menjadi2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2022 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Solokkk at 27-11-2022 11:56 AM
zidane_ziege replied at 27-11-2022 10:08 AM
Kat artikel atas tu pun ada bgtau laporan ni utk semua parti tak kira kawan atau lawan..tu pun ada ...


Dah lama habis kempen dan dah tubuh kerajaan, baru terhegeh2. Kenapa tak buat masa habis kempen, atau masa dorang yg rasis, macam superman, lepas bagi kempen? A few day lepas yg rasis2 nih bagi kempen pun dah kira ok. Aku tetap speculate coz bukan geng2 dorang. Memang dasar….
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 27-11-2022 10:06 AM
Tu la..ramai jugak yg memerhati tetiba telur dah ada balik..saham melambung..ringgit meningkat.. b ...

Jap lagi iol g tengok betul ke telur dan minyak paket dah ada balik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Rdizz replied at 27-11-2022 10:16 AM
Dah melampau sgt, takkan nk biarkan. Mempromosi kebencian sesama rakyat yg berlainan parti, berlai ...

We all know umno pas always support akta hasutan.

Ph is the one who always against it.

So we want to see how they managed such thing without akta hasutan and maintaining freedom of speech.

Xkan first week dah jadi sama level macam umno pas yang mereka selalu kecam.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 27-11-2022 10:06 AM
Tu la..ramai jugak yg memerhati tetiba telur dah ada balik..saham melambung..ringgit meningkat.. b ...

Iol pergi shopping tadi minyak paket masih tulis limit 2 paket. Dan telur pula masih tiada pek 30 biji. Yang ada cuma telur pek 10 biji, 10 biji.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.302975 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list