View: 3802|Reply: 53
|
[Tempatan]
PANAS! PPIM gesa kerajaan tubuh RCI siasat pembelian vaksin
[Copy link]
|
|
Nadzim mengingatkan kerajaan agar tidak tutup mata, sebaliknya perlu memandang serius isu berkenaan kerana ia melibatkan perbelanjaan yang besar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan salah laku dalam pembelian vaksin COVID-19.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima beberapa aduan berkaitan jumlah pembelian dan perbelanjaan untuk menangani pandemik itu yang secara keseluruhan mencecah RM600 bilion dan disifatkan sebagai sangat besar.Kita lihat ini adalah satu angka yang cukup besar dan kita harap menarik perhatian kerajaan.
Saya minta Datuk Seri Anwar Ibrahim tolong tengok kes ini kerana ia melibatkan duit yang terlalu banyak dan ada salah laku yang kita nampak.Jadi kita harap RCI dapat ditubuhkan untuk menyiasat kesalahan-kesalahan atau kelemahan-kelemahan ini supaya ia tidak berlaku lagi kerana RM600 bilion, ia adalah angka yang sangat besar.
“Kita serahkan kepada kerajaan baharu ini (untuk tubuhkan RCI) supaya beri keyakinan semula kepada rakyat,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur pada Sabtu.Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 2021 dilapor berkata, kerajaan telah membelanjakan banyak wang iaitu sebanyak RM600 bilion dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat COVID-19.
Sementara itu, dalam sidang media sama, Nadzim berulang kali mengingatkan kerajaan agar tidak ‘tutup mata’, sebaliknya perlu memandang serius isu berkenaan kerana ia melibatkan perbelanjaan yang besar.
“Kerajaan Pusat yang baharu haruslah serius mengembalikan kestabilan dan membanteras salah laku pemimpin.
“Jika tidak, tiada bezanya pemimpin kini dan yang sebelumnya,” ujarnya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Anti vaksin tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Femes betul 600 bilion ni
Isu salah guna tabung covid ke apa tah 600 bilion juga
Menda yg sama ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
Abah ok ke tu..mesti tak lena tido malam |
|
|
|
|
|
|
|
Tokki no bukan ke cenderung pd PN sebelum ni. Sudah tukar ka? |
|
|
|
|
|
|
|
haluz replied at 26-11-2022 08:04 PM
Tokki no bukan ke cenderung pd PN sebelum ni. Sudah tukar ka?
Baru skrg dia nk bising ye |
|
|
|
|
|
|
|
Wahh kempen pemilihan umno sudah start ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Patut lah PPIM endorse calon bebas kat parlimen aku ni, zaki Omar laki doula tu yang terang2 anti beksin |
|
|
|
|
|
|
|
haluz replied at 26-11-2022 08:04 PM
Tokki no bukan ke cenderung pd PN sebelum ni. Sudah tukar ka?
itu species lalang |
|
|
|
|
|
|
|
PPIM relevan lagi ka?
Tingat kesah lalu dimana beliau menyantuni sorang pemuda kepam yg mengadu bahawa selepas dibeksin, pemuda itu merasa sangat curiga (tetapi ajaib) kerana sudu besi mampu melekat di kulit badannya.
Pemuda itu mengesyaki kandungan beksin mempunyai unsur² bersifat magnet.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat mana nak baca detail yg claim 600 billion tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Sama la kes nak saman KKM ke apatah, pasal obat Aivermekteen mampo malah berkesan menyembohkan pesakit covid sembilan blas.
Mana data depa kutip pun tidaklah dapat dipastikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Cepatler 19th december...utk usul percaya.....
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 26-11-2022 09:37 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
mejaputih replied at 26-11-2022 09:35 PM
600 billion ke million?
Billion...... |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah dgn izin Allah sinovac berkesan utk mak saya yg berusia 85 tahun yg ada penyakit darah tinggi dan kencing manis. Setelah 2 dos, mak kena covid. Skrg semakin sihat wpun ambil masa nak pulih
So x perlu nak buruk sana buruk sini. Segala-galanya berlaku atas kehendak Allah
|
|
|
|
|
|
|
|
Wak yidin tido tgn letak dahi....apesal aku x nk trima offer agung aritu, klau x dh blh gilir2 sorang setahun jd piem dgn nuart......x pasal2 wak jahit tgj lobi nk jd tpm |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 26-11-2022 09:37 PM
Billion......
Mak aiii...mmg kena query ni! |
|
|
|
|
|
|
| |
|