CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 268|Reply: 0

[Selangor] Suami isteri terima PhD bersama

[Copy link]
Post time 26-11-2022 03:38 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMAD Firdaus (kanan) dan Nurul Affiqah selepas majlis Konvokesyen UKM. FOTO Rohanis Shukri

Bangi: Berkongsi minat mendalami ilmu dan mahu menggenggam ijazah doktor falsafah (PhD), suami isteri ini akhirnya memahat kenangan indah itu pada Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-50, di sini, hari ini.

Mohamad Firdaus Mohamad Noh dan isteri, Nurul Affiqah Arzaee yang masing-masing berusia 33 tahun berkongsi kegembiraan selepas menamatkan pengajian program sama iaitu Tenaga Keterbaharuan dengan cemerlang.

Mohamad Firdaus berkata, jerih payah bersama isteri sepanjang tiga tahun pengajian membuah hasil terindah apabila mereka dapat bergraduasi bersama sekali gus merealisasikan impian itu.


Menurutnya, kejayaan itu hasil sokongan antara satu sama lain yang terlalu mencintai ilmu selain dorongan keluarga kedua-dua pihak.

"Saya dan isteri mengikuti pengajian sama selain turut berkongsi penyelia yang sama jadi kami selalu belajar bersama serta saling membantu.

"Semua ini juga adalah inspirasi daripada suami isteri dari Kanada yang belajar bersama dan itu juga membuatkan kami lebih bersemangat untuk belajar bersama-sama," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Bercerita lanjut, Mohamad Firdaus berkata, dia mula berkenalan dengan isteri sejak berusia 18 tahun ketika mengikuti program asasi di pusat pengajian di Damansara, Kuala Lumpur.

Katanya, selepas itu mereka kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Jerman dan kembali ke tanah air sebelum melangsungkan perkahwinan pada 2015.

"Alhamdulillah ini rezeki kami semuanya dilakukan bersama hingga tamat pengajian PhD yang turut mengambil program sama secara sepenuh masa dan kini bertugas sebagai pegawai penyelidik di Institut Penyelidikan Tenaga Suria UKM.

"Perjalanan ini manis kerana kami perlu mengurus kewangan dengan berjimat cermat dengan hanya membeli keperluan penting sahaja supaya kami tiada masalah untuk membayar yuran pengajian," katanya.

Dalam pada itu, Nurul Affiqah bersyukur mereka dapat menghabiskan pengajian mengikut masa ditetapkan dan menghargai sokongan keluarga serta suaminya itu hingga mencapai impiannya.

Suami isteri terbabit antara 7,961 graduan yang diraikan pada Majlis Konvokesyen UKM ke-50 di sini bermula hari ini hingga 1 Disember ini.

Canselor UKM, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan hadir menyempurnakan Majlis Pengisytiharan Konvokesyen itu, hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -terima-phd-bersama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.394594 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list