CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 334|Reply: 0

[Terengganu] Pasar Payang baharu beroperasi Mei tahun depan

[Copy link]
Post time 26-11-2022 01:59 PM | Show all posts |Read mode

Lokasi popular pelancong ke Terengganu, Pasar Besar Kedai Payang yang dibangunkan semula bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung akan dibuka kepada umum pada Mei 2023. - Foto MBKT



KUALA TERENGGANU – Lokasi popular pelancong ke Terengganu, Pasar Besar Kedai Payang yang dibangunkan semula bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung akan dibuka kepada umum pada Mei tahun hadapan.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif berkata, projek pembangunan pasar tumpuan utama masyarakat itu yang dimulakan pada tahun 2018 kini sudah berada pada tahap kemajuan 90 peratus.

“Projek ini sudah berada di peringkat akhir dengan 10 peratus kemajuan lagi melibatkan kerja-kerja ‘finishing’ termasuk penyediaan landskap yang cantik, kemasan longkang, cat, pencahayaan dan lain-lain lagi.

“Selepas beberapa kali tempoh dilanjutkan, insya-ALLAH orang ramai akan dapat menikmati suasana membeli-belah di Pasar Payang berwajah baharu pada Mei depan,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Projek pembangunan semula Pasar Besar Kedai Payang melibatkan kos sebanyak RM69.3 juta dijadualkan siap sepenuhnya pada 29 Mac sebelum peniaga yang kini ditempatkan di pasar payang sementara berpindah ke sana.

Pasar baharu yang dibangunkan di tapak asal Pasar Payang itu mempunyai 418 lot niaga meliputi perniagaan batik dan sutera, makanan kering dan produk tradisional Terengganu seperti keropok serta barang basah.

Selain lot perniagaan lebih selesa, ia turut dilengkapi fasiliti seperti pendingin hawa, lif penumpang, tandas, eskalator dan bilik persalinan bayi.

Menurut Rosli, antara tarikan lain yang terdapat di sana nanti adalah sebuah menara jam turut dibangunkan semula untuk membangkitkan nostalgia jam besar di pintu masuk Pasar Payang lama sekitar 50 tahun lalu sebelum ia dirobohkan.


Beliau berkata, kerajaan negeri berharap Pasar Payang baharu akan memberi lebih banyak manfaat kepada peniaga dan pengunjung sekali gus dapat memacu perkembangan sektor pelancongan serta ekonomi setempat.

“Proses transformasi ini akan menjadikan Pasar Payang lebih cantik dan beri keselesaan buat semua pihak. Semoga Pasar Payang terus menjadi destinasi ikonik yang menjadi tempat wajib singgah bila datang ke Terengganu,” katanya.
https://www.sinarharian.com.my/a ... asi-mei-tahun-depan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.049924 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list