CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 326|Reply: 0

[Kedah] Enam ditahan ubah suai tangki minyak bot

[Copy link]
Post time 26-11-2022 01:54 PM | Show all posts |Read mode

Anggota Maritim Malaysia melakukan pemeriksaan ke atas sebuah bot yang dipercayai melakukan pengubahsuaian tangki minyak bot secara tidak sah di kedudukan 1.5 batu nautika barat daya Kuala Kedah kira-kira jam 5.30 petang, pada Jumaat.



ALOR SETAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah menahan sebuah bot pukat kelas C bersama enam lelaki warga asing selepas dipercayai melakukan pengubahsuaian tangki minyak bot berkenaan secara tidak sah.

Enam lelaki warga Thailand dan Kemboja berusia lingkungan 30 hingga 61 tahun itu ditahan bersama bot berkenaan di kedudukan 1.5 batu nautika barat daya Kuala Kedah kira-kira jam 5.30 petang, pada Jumaat.

Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Kuala Kedah, Leftenan Maritim Zool Hilmi Mohd Nadzir berkata, bot terbabit ditahan ketika sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan semasa dihampiri oleh bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan Op Aman di sekitar perairan Kuala Kedah.

"Ketika pemeriksaan dilakukan ke atas bot berkenaan, terdapat satu ruang asing telah ditambah di atas rumah bot dan ditutupi kayu yang dilakukan bagi mengaburi pihak berkuasa daripada menghidu aktiviti mereka.

"Anggota penguat kuasa kemudian bertindak memeriksa ruang tersebut dan menemukan sebuah tangki tambahan jenis fiber yang telah diubahsuai dan mengandungi minyak diesel dengan anggaran 700 liter," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau memaklumkan, Maritim Malaysia mengesyaki bot terbabit terlibat dalam aktiviti penyeludupan minyak di sekitar perairan Kuala Kedah.

    "Kesemua mereka didapati memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dibawa bersama bot ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk siasatan lanjut," katanya.

Zool Hilmi berkata, minyak diesel yang cuba diseludup dianggarkan bernilai RM1,505, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.


Tambah beliau, pengusaha bot nelayan tempatan diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan yang telah diperuntukkan.

Beliau berkata, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang di perairan negara.

Sebarang aduan dan sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.

https://www.sinarharian.com.my/a ... i-tangki-minyak-bot

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.064738 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list