CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3846|Reply: 107

[Politik] PH tetap lawan rasuah walau kerjasama dengan BN

  [Copy link]
Post time 26-11-2022 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) komited menentang rasuah dan kleptokrasi meskipun gabungan itu bersetuju bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata, kerjasama dengan BN dibuat atas dasar memulihkan semula ekonomi negara.

Meskipun sedar kedua-dua gabungan mempunyai fahaman, agenda dan perjuangan politik berbeza, katanya, PH tidak mempunyai banyak pilihan dalam keadaan semua parti politik tidak mencapai majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Selesai sahaja pilihan raya, tibalah tanggungjawab untuk membina negara sebab kita fahami masalah besar yang dihadapi dalam aspek ekonomi dan sosial. Jadi, kita mesti ketepikan perbezaan, menjunjung titah diraja dan mencari jalan bekerjasama meskipun berbeza pandangan politik.

“Sisi yang positif ialah keterbukaan BN khususnya UMNO untuk bersama-sama memulihkan negara selepas ini. Jadi, inilah salah satu bentuk reformasi.

“Walaupun kami bekerjasama, namun PH tidak akan melepaskan prinsip urus tadbir yang baik dan melawan rasuah. Kita lihat beberapa isu yang ditinggalkan oleh pentadbiran sebelum ini seperti ekonomi dan hubungan antara kaum yang perlu diperbaiki. Jadi, ini yang menjadi agenda kerajaan perpaduan,” kata Ketua Penerangan PKR ketika dihubungi semalam.

BN dikaitkan dengan ‘kluster mahkamah’ menyaksikan beberapa pemimpinnya didakwa di mahkamah atas pertuduhan rasuah, pecah amah dan salah kuasa itu.

Antara pemimpin yang didakwa dan kes masih dibicarakan ialah bekas Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahli Parlimen Bagan Datuk yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi;dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berkata, hasil bekerjasama dengan BN telah mengelakkan Perikatan Nasional (PN) daripada menerajui negara, kerana sikap gabungan itu yang suka memainkan sentimen perkauman dan agama.

“Sekarang kita bersama atas dasar bersetuju menentang golongan ekstremis agama dibawa PN. Sebab itu BN lebih sudi bekerjasama di mana kami membawa agenda tadbir urus bersih, bebas rasuah dan isu kaum. BN pun sudah sedar dan insaf. Sekarang ini akan ada ancaman lebih besar iaitu politik fitnah, adu domba, ekstremis agama oleh PN.

“Memang PH dan BN saling ‘menyerang’ sebelum ini, tetapi sampai bila nak serang? Sekarang ini serangan telah mendatangkan hasil kepada PH dengan BN hanya ada 30 kerusi yang menunjukkan rakyat menolak budaya politik wang dan kleptokrasi,” katanya. –UTUSAN


https://www.utusan.com.my/berita/2022/11/ph-tetap-lawan-rasuah-walau-kerjasama-dengan-bn/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2022 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiba2 terlupa nak sebut kes guan eng dengan syed saddiq pulak...suci dan murni sungguh PH
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Highflyer19 replied at 26-11-2022 01:44 PM
Tiba2 terlupa nak sebut kes guan eng dengan syed saddiq pulak...suci dan murni sungguh PH

Kes masih berjalan ke depa tu? Saddiq tu iols tau le...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 05:41 PM | Show all posts
lim sa kaw syed saqqau
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
SonicSiLandak replied at 26-11-2022 05:41 PM
lim sa kaw syed saqqau

In anwar, agong dan klusters raja raja do believe...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 05:49 PM | Show all posts
stingergrumpy replied at 26-11-2022 05:48 PM
In anwar, agong dan klusters raja raja do believe...

i dont believe in bekas banduan rasuah dan liwat


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2022 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
SonicSiLandak replied at 26-11-2022 05:49 PM
i dont believe in bekas banduan rasuah dan liwat

Who cares what you believe?

Kahkahkahkahkah

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ibarat mengata BN halang lawan rasuah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2022 05:54 PM | Show all posts
stingergrumpy replied at 26-11-2022 05:52 PM
Who cares what you believe?

Kahkahkahkahkah

i care


Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 05:56 PM | Show all posts

It doesnt change a thing...
Kahkahkahkahkaj


Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 05:58 PM | Show all posts
stingergrumpy replied at 26-11-2022 05:56 PM
It doesnt change a thing...
Kahkahkahkahkaj

mestilah
aku ada prinsip

tk mcm kau

dok beli kraftangan moderator konon nak bodek jangan potong kredit

apa barang bro??

lemahhhhhhhhh

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkahkahkah


Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Acaner tu   
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Why work with crooks???????
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 06:05 PM | Show all posts
kaseh80 replied at 26-11-2022 06:03 PM
Why work with crooks???????

because those crooks got the job

lol


Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus lah. Cakap gini, esok lusa sampai akan dtg konsistent lah ya dgn apa di kata.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 06:10 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2022 06:12 PM | Show all posts
stingergrumpy replied at 26-11-2022 06:10 PM
Prinsip nenek ko punya serunding?

Prinsip konon

main nenek2 lak
lemahhhhhhhhhhh


waaaaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkah

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 06:17 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.473255 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list