CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 343|Reply: 0

[Kedah] Letih cuci rumah setiap kali air pasang

[Copy link]
Post time 26-11-2022 11:27 AM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK Pekan Kuala Kedah mencuci rumah yang dipenuhi lumpur setelah berlaku banjir kilat akibat fenomena air pasang besar di Kuala Kedah. – UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH



KUALA KEDAH: ‘Letih! Setiap kali berlaku air pasang, rumah kami banjir dan perlu dicuci segera kerana penuh lumpur’.

Itu keluhan penduduk Pekan Kuala Kedah, di sini yang berdepan fenomena air pasang besar sekurang-kurangnya dua kali sebulan mengakibatkan mereka tidak tidur lena.

Seorang penduduk, Hazida Azmi, 42, berkata, banjir akibat air pasang itu sudah lama berlaku namun keadaan menjadi semakin teruk sejak dua tahun kebelakangan ini.

“Saya lahir di sini dan fenome­na air pasang adalah biasa tetapi banjir yang berlaku sejak kebelakangan ini bawa lumpur laut. November tahun lalu paling teruk banjir sampai ke dalam rumah kerana feno­mena air pasang besar.

“Kejadian terbaru dua tiga hari lalu apabila air pasang, rumah dinaiki air lagi bersama lumpur. Kami sekeluarga memang tak boleh tidur lena ke­rana risau. Kami terpaksa cuci rumah yang dipenuhi lumpur sampai saya kena mohon cuti,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Hazida yang ber­khidmat sebagai penjawat awam, keadaan menjadi lebih buruk apabila mereka turut berdepan masalah bekalan air di kawasan itu sejak setahun lalu.

“Mulai pukul 8 malam hingga 8 pagi air tak ada. Jadi kena tunggu pagi baru boleh cuci rumah. Kami harap sangat pihak berkaitan memandang serius perkara ini, kami sudah letih.

“Kami percaya banyak pembangunan dijalankan di kawasan ini terutama di tepi pantai yang mungkin mengakibatkan saliran perparitan di sini terganggu dan kami berharap pihak berkenaan atasi perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Che Su Hassan, 57, yang sudah 50 tahun menetap di kawasan itu juga mengakui banjir kilat di kawasan tersebut akibat fenomena air laut pasang semakin buruk.

“Tengoklah selut (lumpur) ini, dulu banjir kilat tak bawa selut tebal macam ini jadi tak perlu cuci rumah seteruk ini.

“Kami merayu sangat wakil rakyat yang dipilih baru-baru ini ambil berat selesaikan masalah penduduk di kawasan ini, da­tang dan jenguk kesusahan kami kerana kalau berlaku air pasang besar kea­daan lebih te­ruk,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata, fenomena air pasang itu sering melanda beberapa kawasan seperti Terminal Feri Kuala Kedah, Taman Seri Putra Kuala Kedah, Pasar Kota Marina dan Pekan Kuala Kedah.

“Terdapat sedikit limpahan air di Pekan Kuala Kedah dan Pasar Kota Marina kesan daripada air pasang besar.

“Anggota kami melakukan pemantauan di kawasan berkenaan setelah mendapat ramalan berlaku air pasang dengan paras 2.90 meter,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ap-kali-air-pasang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.394329 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list