CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 339|Reply: 0

Majoriti pilih JDT juara Piala Malaysia malam ini

[Copy link]
Post time 26-11-2022 11:19 AM | Show all posts |Read mode

JDT menjadi pilihan di kalangan jurulatih, bekas pemain dan pemerhati bola sepak negara untuk memenangi kejuaraan Piala Malaysia di Stadium Nasional malam ini, berbanding Selangor.

KUALA LUMPUR: Majoriti jurulatih, bekas pemain dan pemerhati bola sepak tempatan memilih Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai juara Piala Malaysia musim ini berbanding Selangor FC pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan peluang untuk Selangor mencipta kejutan seperti dilakukan Kuala Lumpur (KL) City musim lalu amat sukar.


Datuk Jamal Nasir Ismail

"Ramalan saya JDT menang 3-0. JDT satu pasukan yang sempurna, setiap bahagian mereka ada kekuatan dan memiliki persefahaman yang baik.


"Peluang untuk menang 70-30 memihak JDT. Mereka bukan sahaja ada Bergson Da Silva yang boleh jaringkan gol, tetapi pemain lain juga mempunyai keupayaan menyumbang jaringan," katanya.

Jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah berkata: "Saya ramal JDT menang 3-1. Saya rasa tak payah cerita panjang kalau pasukan itu memang mantap dan konsisten sepanjang musim selain inilah masa yang terbaik untuk mereka meraih kejuaraan trebel."


Azraai Khor Abdullah

Pengendali skuad bawah 19 tahun (B-19) kebangsaan, Hassan Sazali Waras berkata:"Mungkin JDT menang 2-1. Ramalan saya lebih melihat kepada kekuatan JDT yang mana mereka mempunyai pemain seimbang di semua bahagian.



Hassan Sazali Waras

"Saya tak katakan Selangor tak mampu untuk bersaing dengan JDT. Berdasarkan pengalaman Tan Cheng Hoe (jurulatih Selangor), saya percaya dia tak akan bagi laluan mudah buat JDT.

Bekas pengendali skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan berkata: "Jika Kita lihat rekod dan prestasi terkini dengan kualiti pemain yang ada, baik kesebelasan utama mahu pun pemain simpanan, saya letak JDT selaku juara. Ramalan JDT menang 2-0."


Wan Jamak Wan Hassan

Pengendali PJ City, P Maniam berkata:"Saya pilih JDT, ramalan 2-0. Mereka ada ramai pemain berkualiti dan berstatus pemain kebangsaan selain berpengalaman luas dalam perlawanan besar seperti final Piala Malaysia."


P Maniam

Pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim berkata: "Saya fikir JDT akan menang dengan melihat keadaan semasa. Namun Cheng Hoe ada keupayaan membaca kelebihan dan kelemahan JDT. Namun dia terbatas kerana material yang dia ada tak setanding material JDT. Ramalan JDT menang 2-1."


Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim

Sementara itu, hanya pemerhati sukan tempatan, Mohd Sadek Mustafa yang berani memilih Selangor sebagai pemenang Piala Malaysia musim ini.


Mohd Sadek Mustafa

"Saya jangka Selangor boleh menang 2-1. Cheng Hoe kenal ramai pemain JDT kerana berpengalaman melatih mereka dalam skuad kebangsaan. Selangor juga mungkin boleh ambil aura Arab Saudi yang melakukan kejutan ke atas Argentina di Piala Dunia selain kejayaan KL City mengejutkan JDT di final musim lalu," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -malaysia-malam-ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.065322 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list