CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 290|Reply: 0

[Kedah] 'Tak dan nak joli duit masjid'

[Copy link]
Post time 26-11-2022 11:12 AM | Show all posts |Read mode

WANG tabung masjid yang dicuri suspek (kiri). FOTO Ihsan PDRM.

Alor Setar: Seorang lelaki tidak sempat berbelanja dengan hasil wang tabung masjid yang dicurinya apabila ditahan polis di belakang sebuah kompleks beli belah di Lebuhraya Darulaman, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, berdasarkan siasatan, suspek lelaki berusia 21 tahun itu dipercayai mencuri wang tabung masjid di Pokok Sena itu, semalam.

Namun katanya, pergerakan suspek yang dipercayai bergerak solo itu berjaya dikesan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Kota Setar, jam 1 petang hari ini.


"Anggota URB menahan suspek di lokasi dan merampas satu plastik hitam mengandungi beberapa keping wang tunai bernilai RM640 daripada suspek.

"Suspek yang mengaku terbabit dalam kejadian itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Shukri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (Curi Dalam Bangunan).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ak-joli-duit-masjid

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.157572 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list