CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 256|Reply: 0

[Pahang] Ujian berat Norhaimesa

[Copy link]
Post time 26-11-2022 11:10 AM | Show all posts |Read mode

NORHAIMESA dan Kamaruzaman bersama tiga anak merekayang menghidap sindrom ketika ditemui di rumah mereka di Bandar Baru Balok, Kuantan. FOTO AINAL MARHATON ABD GHANI

Kuantan: Menguruskan anak istimewa bukan satu perkara mudah bagi Norhaimesa Mansor, 47, kerana ia menuntut pengorbanan yang bukan sedikit terutama dari segi kesihatan diri, masa dan kewangan.

Norhaimesa yang bekerja sebagai pembantu kedai peralatan binaan berkata, dia perlu menguruskan anak ke sekolah di sebelah pagi sebelum keluar bekerja dan balik menyiapkan makan tengah hari ketika waktu rehat.

"Sepanjang ketiadaan saya di rumah, mereka akan dijaga oleh suami setakat yang termampu kerana dia juga kurang sihat.


"Sekalipun keadaan saya sendiri dan suami yang kurang sihat, saya ketepikan dahulu mengenainya bagi memberi perhatian kepada tiga anak istimewa kami," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Baru Balok di sini.

Anak sulung Norhaimesa, Mohamad Nur Zariff Muqri Kamaruzaman, 18 dan dua adiknya, Mohamad Nor Zariff Haziq, 15, dan Mohamad Nur Zariff Adam, 13, adalah penghidap sindrom Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Suami Norhaimesa, Kamaruzaman Othman, 53, yang juga bekas pengawal keselamatan kini sudah tujuh tahun tidak bekerja kerana menghadapi masalah saraf di bahagian kaki dan tangan.

ADHD adalah gangguan kanak-kanak yang disebabkan perbezaan dalam perkembangan otak dan aktiviti otak yang boleh berterusan sehingga dewasa.

Gejala ini termasuklah berkelakuan nakal, mudah hilang tumpuan, cuai, terburu-buru atau hiperaktif (terlebih aktif) dan inpulsif iaitu kelakuan yang berisiko tanpa memikirkan akibat dari tindakannya.

"Inilah yang dialami anak saya dan sebenarnya sangat mengganggu emosi dan naluri saya sebagai seorang ibu namun saya reda dan pasrah debgan ujian Allah.

"Walaupun fizikal mereka nampak sama seperti remaja lain, namun akal fikiran dan tingkahlaku mereka sangat berbeza dan ini yang membimbangkan saya," katanya.

Berkongsi kisah bagaimana anak-anaknya dikesan ada ADHD, Norhaimesa berkata, dia tidak mensyaki sebarang kelainan sehingga anak sulungnya berusia 11 tahun.

"Saya cuma dapati dia agak agresif, bertindak ikut emosi, sukar dikawal dan suka memberontak kalau saya tidak memenuhi kehendaknya.

Menurut Norhaimesa, anak sulungnya akhirnya dibawa mendapatkan rawatan di Klinik Mentari, Balok bermula 2015 dan ketika melakukan rawatan susulan, doktor turut mengesan dua lagi anaknya mempunyai ciri-ciri ADHD.

Katanya, dalam tempoh empat tahun bermula 2015 hingga 2019, semua anaknya didiognosis menghidap sindrom ADHD.

Ketiga-tiga anaknya kini mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beserah yang terletak kira-kira 12 kilometer (km) dari rumah.

"Anak-anak perlu membuat rawatan susulan enam bulan sekali dan dalam tempoh itu saya perlu menjaga emosi mereka kerana sudah tidak ambil ubat penenang kecuali anak bongsu," katanya.

Dalam pada itu, Norhaimesa berkata dia juga akan menjalani rawatan ketumbuhan fibroid Disember depan dan pemeriksaan jantung awal tahun depan di HTAA.

"Saya kerap tangguh buat pemeriksaan kerana memikirkan anak-anak yang terpaksa ditinggalkan di rumah.

"Bagaimanapun, saya tiada pilihan kerana dada saya kerap sakit dan ada masanya susah untuk bernafas," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-berat-norhaimesa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.042974 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list