CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 285|Reply: 0

[Kelantan] Cubaan seludup minyak masak bersubsidi gagal

[Copy link]
Post time 26-11-2022 11:02 AM | Show all posts |Read mode

MINYAK masak bersubsidi ditemukan dalam dua buah lori yang ditahan di Jalan Sultan Ibrahim. FOTO Ihsan KPDNHEP.

Kota Bharu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mematahkan cubaan penyelewengan minyak masak bersubsidi menggunakan khidmat penghantaran laju.

Dua lori yang memuatkan 8,500 kilogram (kg) minyak masak yang dibawa dari luar Kelantan itu ditahan di Jalan Sultan Ibrahim pada jam 9.15 malam tadi.

Pengarah KPNHEP Negeri, Azman Ismail berkata, dalam Op Membanteras Ketirisan Barang Kawalan itu, dua lori jenis Hino dan Isuzu itu dipandu dalam keadaan mencurigakan.


"Kenderaan itu memuatkan 8,500 minyak masak bersubsidi dibawa luar Kelantan dipercayai untuk dihantar ke sebuah premis sebagai transit di sini.

"Kami bertindak menyita minyak masak bersubsidi itu dan dua kenderaan berat berkenaan dianggarkan bernilai RM21,250 bagi tujuan siasatan lanjut turut disita mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.

Azman berkata, penahanan dua lori itu dibuat hasil aduan daripada pemilik lesen borong barang kawalan berkenaan yang menafikan menempah atau membeli minyak masak dari syarikat luar Kelantan itu dan mengesyaki lesennya digunakan oleh sindiket.

Katanya lagi, empat suspek yang juga pemandu dan kelindan yang berusia antara 20 hingga 30 tahun ditahan untuk tindakan lanjut.

"Pemandu lori mengaku membawa muatan barangan dari luar Kelantan melalui pesanan dari seorang lelaki yang tidak dikenali menggunakan aplikasi khidmat syarikat penghantaran cepat syarikatnya.

"Mereka juga memaklumkan hanya berhubung melalui telefon kemudian diarahkan penghantaran dibuat ke lokasi yang dinyatakan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ak-bersubsidi-gagal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.141294 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list