CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 294|Reply: 1

[Pahang] Penduduk gempar harimau dahan di bawah rumah

[Copy link]
Post time 26-11-2022 11:01 AM | Show all posts |Read mode

PERHILITAN Lipis berjaya menangkap seekor harimau akar yang berada di bawah rumah seorang penduduk di Kampung Sentang, Pagar Sasak, petang semalam. FOTO Ihsan PDRM

Lipis: Penduduk di Kampung Sentang, Pagar Sasak, dekat Lipis, gempar apabila seekor harimau akar ditemui di bawah rumah seorang penduduk, jam 6.30 petang semalam.

Keadaan itu menyebabkan penduduk mengambil tindakan mengepung harimau berkenaan yang berada di bawah rumah Faridah Ishak, 58, bagi mengelakkannya lari.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pihak polis menerima maklumat dari anak saudara pemilik rumah, terdapat seekor harimau dikenal pasti jenis harimau akar.


Katanya, anggota pondok Pagar Sasak ke lokasi kejadian dan mendapati penduduk kampung mengepung harimau berkenaan yang berada di bawah rumah Faridah.

" Kejadian itu dikatakan berlaku apabila harimau itu mengejar seekor kucing sehingga masuk ke dalam rumah melalui pintu hadapan.

" Ketika kejadian terdapat dua warga emas di atas rumah itu iaitu suami yang berusia 55 tahun dan isterinya Faridah yang sakit stroke terlantar di atas katil," katanya.

Beliau berkata, terkejut dengan kehadiran harimau itu, suami Faridah menghalau harimau itu dan haiwan itu melompat ke atas katil dan mencakar kening isterinya, Faridah menyebabkannya mengalami luka kecil.

Katanya, pihak Klinik Kesihatan Padang Tengku membuat rawatan ke atas mangsa.

Azli berkata, harimau akar itu menyorok di bawah rumah mangsa.

Pihak polis dan bomba yang berada di tempat kejadian menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Lipis untuk tindakan selanjutnya.

"Perhilitan Lipis sampai jam lapan malam ke lokasi kejadian untuk tindakan dan berjaya menangkap setelah menembak dengan ubat pelali pada jam 12.45 tengah malam," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ahan-di-bawah-rumah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2022 11:12 AM | Show all posts
Nasib baik semuanya selamat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.094905 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list