CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 0

[Kelantan] Penyakit misteri kian sembuh

[Copy link]
Post time 26-11-2022 10:55 AM | Show all posts |Read mode

KEADAAN kulit tangan, kaki serta muka Tuan Mohamad Hanif kian sembuh selepas diserang penyakit misteri.

Machang: Penyakit kulit dihidapi Tuan Mohamad Hanif Tuan Yazid, 20, sejak lebih dua bulan lalu kini semakin sembuh malah luka pada bahagian terbabit juga sudah kering.

"Walaupun tiada perubahan yang drastik namun saya amat bersyukur kerana penyakit misteri ini semakin sembuh. Luka di kulit juga kini sudah kering, hanya tinggal parut sahaja," katanya semalam.

Menurut Tuan Mohamad Hanif, sebelum ini ibunya, Yusniza Mohd Zaidi, 41, sudah membawanya berjumpa dengan lebih 10 pengamal perubatan Islam di sekitar Kuantan, Pahang dan Kelantan, namun tiada perubahan.


"Syukur, Allah SWT pertemukan saya dengan seorang pengamal perubatan Islam di Kok Lanas.

"Sehingga kini sudah lebih tiga kali saya pergi mendapatkan rawatan daripadanya dan ia ada menunjukkan perubahan yang positif apabila tiada lagi luka baharu, malah luka melepuh yang sudah menjadi kudis juga kini sudah kering," katanya dihubungi.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, Tuan Mohamad Hanif menderita penyakit misteri sejak dua bulan lalu yang menyebabkan kulit badannya melepuh sebelum bahagian terbabit menjadi kudis apabila kering.

Bahagian itu juga menjadi gatal dan pedih malah menyakitkan.

Di samping itu, Tuan Mohamad Hanif berkata, walaupun keadaan kulitnya kini semakin pulih, namun dia yang sebelum ini bekerja sebagai mekanik terpaksa melupakannya buat seketika kerana bimbang dengan peralatan dan cecair yang digunakan akan memberi kesan kepada kulit selain tidak boleh terdedah dengan cuaca panas.

"Justeru, buat masa ini, saya perlu banyak berehat bagi memastikan kulit saya benar-benar sembuh dan kembali normal seperti sedia kala.

"Saya juga tidak putus berdoa kepada Allah SWT supaya diberi kesembuhan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... misteri-kian-sembuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.060685 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list