CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 166|Reply: 0

[Pulau Pinang] NSTP rangkul 4 Anugerah Pinang Hijau 2022

[Copy link]
Post time 25-11-2022 11:00 PM | Show all posts |Read mode
NSTP rangkul 4 Anugerah Pinang Hijau 2022


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



KON Yeow bergambar bersama wartawan NSTP Biro Pulau Pinang, Nur Izzati Mohamad, Audrey Dermawan, Danial Saad and Mikail Ong. FOTO NSTP.





Georgetown: The New Straits Times Press (NSTP) merangkul empat anugerah pada Majlis Anugerah Kewartawanan Pinang Hijau 2022 di sini, malam ini.

Ia sekali gus menjadi agensi yang paling banyak memenangi anugerah pada majlis berkenaan.

Wartawan Audrey Dermawan dari akhbar New Straits Times (NST) memenangi anugerah Penulisan Rencana Cemerlang kategori Bahasa Inggeris melalui artikel 'Rivers of Tears', 'Who's to Blame?' 'Government Departments Should Not Be Allowed to Run It (Clean-River campaigns) as They Do Not Have the Expertise' dan 'EQA 1974 to be Amended To Ensure Stricker Action Against Those Who Pollute River'.

Wakil dari Berita Harian, Nur Izzati Mohamad pula memenangi Anugerah Khas Penulisan Rencana kategori Bahasa Melayu menerusi artikel 'Destinasi Burung Hijrah, Teluk Air Tawar-Kuala Muda Perlu Dilindungi'.

Dalam pada itu, Siti Sofia Md Nasir dari The Vibes Dot Com's memenangi Anugerah Khas Penulisan Rencana kategori Bahasa Inggeris melalui artikel 'No Sound of Music, 66 Years of Misery Due to Bukit Juru Quarrying'.

Manakala jurugambar NSTP Mohamad Danial Saad muncul juara dalam Anugerah Foto Kewartawanan melalui artikel bergambar 'Mula Pulih IPU Bawah 100' dan Mikail Ong Abdullah di tempat kedua melalui artikel 'One Tonne of Apathy Everyday'.
Muhammad Sayuti Zainudin dari The Malay Mail Sdn Bhd pula memenangi tempat ketiga melalui artikel bergambar 'Two Penang Food Processing Factories Ordered Shut'.

Hadiah disampaikan Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan pemenang menerima wang tunai serta sijil penghargaan.

Kon Yeow berkata, Anugerah Pinang Hijau 2022 yang memasuki tahun kesembilan penganjurannya, diadakan oleh Penang Green Council (PGC) bagi meraikan pihak yang menghargai kepentingan alam sekitar, selain menggalakkan masyarakat menyayangi kelestarian hijau.

"Dalam majlis ini seramai 32 pemenang daripada dua anugerah utama diraikan dan berterima kasih kepada rakan media yang mengambil bahagian untuk membangkitkan kesedaran awam berkaitan alam sekitar," katanya.


Disiarkan pada: November 25, 2022 @ 10:12pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-2-2023 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.081349 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list