View: 1035|Reply: 11
|
[Politik]
PAS redha dengan titah YDP Agong, terus kekal istiqamah
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang percaya apa yang berlaku dalam proses pembentukan kerajaan Persekutuan hari ini pasti ada hikmahnya.
Menerusi hantaram di laman Facebook miliknya, beliau berkata, apa yang penting, jujur kepada rakyat, bersabar dan tetap istiqamah.
“Terima kasih kepada rakyat atas sokongan tidak berbelah bahagi. Kita telah berusaha sedaya upaya. Seterusnya Perdana Menteri perlu membuktikan sokongan sebenar yang diterima.
“Kepada rakyat, kami akan terus berkhidmat. Kepada negara, kami akan terus berbakti,” tulisnya.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Istiadat angkat sumpah berkenaan diadakan selepas Seri Paduka memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu yang berkenan berangkat menghadiri Perbincangan Khas Raja-raja Melayu di Istana Negara pagi tadi bagi membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat, lima hari selepas keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Buat pertama kali dalam sejarah negara, keputusan pilihan raya umum berakhir dengan situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti atau gabungan parti politik mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan Persekutuan.
Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan adalah 112 kerusi.
PRU15 pada 19 Nov menyaksikan keputusan PH memperoleh 82 kerusi; PN 73 kerusi; BN (30); GPS (23); Gabungan Rakyat Sabah (enam); Warisan (tiga); Bebas (dua) manakala Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) masing-masing menang satu kerusi.
Menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar parti dan gabungan politik mempertimbangkan penubuhan kerajaan perpaduan bagi mengakhiri kemelut pembentukan kerajaan pasca-PRU15, akhirnya hasil rundingan antara parti bersetuju dan menyokong pembentukan kerajaan perpaduan yang diterajui Anwar.
https://malaysiagazette.com/2022/11/24/segala-yang-berlaku-pasti-ada-hikmah-hadi/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sabtu haritu mcm over confident je awl2 kata dah menang |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ya betul!
Istiqamah menunggang agama & bangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak boleh la dgn dia nih. Tak tahu kenapa . Ke atau hati aku memang kotor? |
|
|
|
|
|
|
|
Knp tak masuk unity gov? Ex mufti pun mcm bg hint suh korang masuk utk control dap tu?
Pi jelaa masuk kalau risau org cina ramai dlm kabinet bagai.
Tp unity gomen nk katanya pemilihan menteri bukan ikut parti mana paling byk menang kusi. Katanya akan pilih org yg mmg boleh wat keje tak kira dr mana. Pastu katanya dgn restu ydpa gak. Sbb unity gov katanya adalah kerajaan ypdpa dan raja2 melayu.
Betul ke idok iols tak pasti cuma baca apa yg org duk share sana sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Solokkk replied at 26-11-2022 08:10 AM
Aku tak boleh la dgn dia nih. Tak tahu kenapa . Ke atau hati aku memang kotor?
Betul huhu harap dlm pas tu adalah org yg semenggah sikit, selain dia nih si Dusuki tu katanya ustaz tp jenis suka menyindir, rengsa betul baca post dia kat fb tuh.
Bila la nak berubah, malu betul baca itupun dh ramai tegur dia buat bodoh je.
Susah org gini jenis ego tinggi dan rasa diri tu terpaling betul.
Org yg jiwa besar tak malu nk akui salah diri dan sentiasa minta maaf. |
|
|
|
|
|
|
|
Haritu kemain kompiden ckp kat walaun2 tegar..Kita masih di depan katanyaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 26-11-2022 08:28 AM
Knp tak masuk unity gov? Ex mufti pun mcm bg hint suh korang masuk utk control dap tu?
Pi jelaa mas ...
Rasanya lobai Hadi yg control wak yidiin, konon suci x nk ad dapig.... jual mahal bila agung offer join ph, skrg baru nk menyesal....nangis bucu katil la dia dgn yidin |
|
|
|
|
|
|
| |
|