CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 391|Reply: 1

[Pulau Pinang] Bangsal Nelayan Paramount pula diancam hakisan pantai

[Copy link]
Post time 25-11-2022 12:59 PM | Show all posts |Read mode
Bangsal Nelayan Paramount pula diancam hakisan pantai


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my






Georgetown: Pantai di Persiaran Gurney di sini, semakin diancam hakisan apabila satu persatu struktur Bangsal Nelayan Paramount berhampiran kawasan itu rosak dibadai ombak.

Terbaharu dalam kejadian beberapa hari lalu, berlaku kerosakan membabitkan struktur lantai bangsal sehingga menyebabkan kerugian mencecah ribuan ringgit berikutan tong ikan serta pukat yang diletak berhampiran turut musnah.

Nelayan S Selvarraju, 65, berkata, hakisan dikesan sejak hampir tiga minggu lalu namun dan bertambah buruk apabila ia merosakkan lantai yang dibina dengan inisiatif nelayan bagi memudahkan pendaratan mendarat ikan dan menyimpan barangan.

"Tidak lama lagi, saya yakin bangsal ini pula akan hanyut ke dalam laut dan barangan milik beberapa nelayan yang disimpan didalamnya juga akan musnah," katanya ketika ditemui di sini.



STRUKTUR lantai Bangsal Nelayan Paramount di sini, yang rosak akibat hakisan pantai serta menyebabkan peralatan menangkap ikan juga turut musnah. NSTP Zuhainy Zulkiffli

Mengulas lanjut, Selvaraju yang sudah hampir 25 tahun menjadi nelayan berkata, hakisan itu membabitkan jarak dua meter dari pantai ke bangsal berkenaan.

Manakala hakisan yang berlaku sepanjang 30 meter di pesisir pantai terbabit dikatakan paling buruk pernah berlaku di kawasan itu.

"Kami yakin hakisan ini berpunca akibat kerja tambak laut dan aktiviti korek pasir sekitar perairan.

"Saya bimbang jika dibiarkan berterusan, nelayan di kawasan ini bakal lenyap kerana kami sudah tidak dapat turun ke laut, jadi diharap pihak berkenaan dapat berbuat sesuatu bagi menanganinya," katanya lagi.

Tinjauan mendapati ada pokok tumbang akibat hakisan berkenaan.


Disiarkan pada: November 25, 2022 @ 11:09am



sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2022 01:00 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.053411 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list