CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 755|Reply: 0

Ringgit melonjak tinggi pada hari kedua selepas pelantikan PM

[Copy link]
Post time 25-11-2022 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Ringgit melonjak tinggi pada hari kedua selepas pelantikan PM


Gambar fail. - NSTP/Zulfadhli Zulkifli.


KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan kenaikan pada kadar tinggi berbanding dolar AS pagi ini, dengan mengukuh 0.9 peratus kepada RM4.45 sedolar pada jam 9.30 pagi, mencerminkan sentimen pelabur dan peniaga terus positif berikutan selepas kemelut politik pembentukan kerajaan dilihat semakin reda.

Selain itu, turut mendorong kenaikan adalah berita bahawa bank pusat AS, Rizab Persekutuan AS memberi isyarat akan memperlahankan kenaikan kadar faedah dalam menangani inflasi.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata pergerakan aktif dalam pasaran saham Malaysia berikutan pelantikan Perdana Menteri baharu turut membantu ringgit untuk menarik pelabur asing.

"Bagaimanapun, pemacu sentimen utama pada masa hadapan ialah kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan seperti yang terkandung dalam minit Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)," katanya kepada Bernama.

Namun begitu, beliau pasaran dijangka lengang kerana AS akan meraikan cuti Hari Kesyukuran pada hujung minggu ini.

Ringgit Malaysia mengukuh hampir 2.0 peratus semalam, peningkatan harian terbesar sejak Mac 2016 dan mendorong mata wang itu ke paras tertinggi dalam hampir tiga bulan iaitu Ogos lalu setelah kemelut politik dalam negara yang semakin reda.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli sParlimen Tambun Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Pelantikan itu dimuktamadkan selepas Seri Paduka menimbang pandangan Raja-Raja Melayu yang mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara.

Anwar sebelum ini sudah menyatakan beliau bertekad mahu meringankan kos sara hidup di samping memperkasakan perniagaan mikro, kecil dan sederhana di dalam negara.

Sumber:https://www.bharian.com.my/bisne ... lepas-pelantikan-pm

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.065496 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list