CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7432|Reply: 113

[Politik] Selepas 24 tahun akhirnya gelaran 'Wanita Pertama Malaysia' milik Wan Azizah Ismail

  [Copy link]
Post time 25-11-2022 08:56 AM | Show all posts |Read mode
Wan Azizah binti Dato’ Dr. Wan Ismail (lahir 3 Disember 1952) merupakan ahli politik dan juga bekas Timbalan Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia dan juga bekas Presiden Parti Keadilan Rakyat. Beliau juga pernah menjadi Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat hingga tahun 2020 dan kini merupakan Ahli Parlimen Pandan, selepas senarai Kabinet telah diumumkan oleh Perdana Menteri yang baru dilantik, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau merupakan wanita pertama yang memegang jawatan politik tertinggi di Malaysia.



Selepas suaminya, Datuk Seri Anwar dipecat dan ditahan pada 20 September 1998. Datin Seri Wan Azizah membantu menubuhkan Parti Keadilan Nasional (kini Parti Keadilan Rakyat) pada 4 April 1999 dan memegang jawatan sebagai presidennya.

Selepas Anwar dibebaskan pada tahun 2008, beliau dilantik oleh partinya sebagai Penasihat Umum (de facto) sehingga tahun 2015.

Pada 1 April 2015, Anwar disabitkan bersalah diatas kesalahan meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan dan telah dihukum penjara selama 5 tahun. Ini menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang. SPR telah menetapkan 7 Mei 2015 sebagai hari pengundian pilihan raya kecil Permatang Pauh 2015. Pada 8 Mei 2015, Wan Azizah berjaya memenangi kerusi tersebut dan beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baharu dengan majoriti 8,841 undi menewaskan calon dari BN, Shabudin Yahya.

Pengguguran sebagai Timbalan Perdana Menteri

Pada pilihan raya 2018, Wan Azizah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Ia merupakan sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk Mahathir untuk berkhidmat sebagai interim jika dipilih, meminta pengampunan untuk Anwar dan membuka jalan baginya untuk mengambil alih. Ada pula yang membuat spekulasi bahawa Wan Azizah yang akan memberi laluan kepada suaminya.

Pada 24 Februari 2020, Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad telah meletak jawatan dan menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong. Baginda telah menerima peletakan jawatan tersebut tetapi melantik semula beliau sebagai Perdana Menteri Interim. Baginda telah berkenan untuk membatalkan pelantikan menteri-menteri atas nasihat Tun Dr Mahathir. Perkara tersebut tertakluk dalam peruntukan Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan selaras dengan peletakan jawatan Perdana Menteri. Sehubungan itu, tugas-tugas anggota pentadbiran, merangkumi Timbalan Perdana Menteri, para menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik, adalah terhenti pada tarikh peletakan jawatan.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 3 Disember 1952 di Hospital Kandang Kerbau, Singapura,yang ketika itu masih sebahagian daripada Tanah Melayu (kini Malaysia). Yang Amat Berhormat Dato' Seri (Datin Seri DiRaja) Dr. Wan Azizah mendapat pendidikan awal di Sekolah Konvent St. Nicholas, Alor Setar. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke Kolej Tunku Kurshiah di Seremban. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Dublin, Ireland (1973) di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang obstetrik dan ginekologi. Di universiti, beliau menerima anugerah Pingat Emas MacNoughton-Jones.

Sekembalinya beliau ke Malaysia, beliau menjadi seorang pakar oftalmologi di Hospital Besar Kuala Lumpur dan di Hospital Universiti, Universiti Malaya. Beliau telah berhenti daripada kerjayanya pada 1993 apabila suaminya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Keluarga

Beliau (sewaktu berumur 23 tahun) berkahwin dengan Dato' Seri Dr. (HC) Anwar Ibrahim (sewaktu berumur 28 tahun) dan bekerja di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Sejak 1973 lagi, perkenalan mereka menerusi sekeping gambar Anwar yang ketika itu telah menjadi Presiden ABIM. Pertemuan diatur oleh sahabat mereka pada 1979, ketika Revolusi Iran sedang memuncak. Pertemuan pertama mereka di kantin HBKL dan berakhir di jinjang pelamin pada 26 Februari 1980. Mulanya tidak begitu direstui oleh bapanya Wan Ismail tetapi selepas mendapat anak pertama, hubungan kekeluargaan semakin akrab.

Bapanya, Dato’ Dr. Wan Ismail Wan Mahmood berasal dari Sungai Bakap, Seberang Perai, Pulau Pinang. Bapanya menjadi pegawai kerajaan selama 30 tahun dan terakhir di Majlis Keselamatan Negara dengan tumpuan kepada pengganas komunis. Wan Ismail berkahwin dengan Datin Mariah Khamis seorang suri rumah sepenuh masa dan keturunan Peranakan Cina dari datuk sebelah bapanya. Keluarga Wan Ismail berasal dari Kampung Laut, Pasir Mas, Kelantan.

Beliau merupakan anak kedua dari lima adik beradik. Adik lelakinya ialah profesor di USM. Adik perempuannya pula bekerja sebagai jurugambar di Bernama.

Wan Azizah diberi penghormatan sempena hari ulang tahun rasmi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 12 Julai 2008 apabila beliau dianugerahkan Darjah Panglima Pangkuan Negeri, suatu perintah pangkat kedua di negeri ini. Anugerah itu membawa gelaran Datuk Seri.

Sumber











This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2022 11:09 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
azmee06 tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah kakwan.. takde controversy langsung dia ni.. cerdik sgt.. pandai bawa diri sbg isteri cam tun siti hasmah....

Rosmah pun cerdik tapiiii.. heemmmm..  
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 09:18 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 25-11-2022 09:10 AM
azmee06 tersenyum sinis {:mlw ...

cantik baju acikazmi semalam...





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 25-11-2022 09:10 AM
azmee06 tersenyum sinis {:mlw ...

Tenggelam laa popularity azmee pasneh

Takpe lah, dah nak abes penggal dah pun....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2022 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Lintas langsung dari kediaman bang non...so sweet wan jijah waving waving to hubby who is reporting for first day of work....

Awwwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
dua azizah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2022 09:42 AM | Show all posts
tgk video kt tv3 semalam, tahun 1998 punya video, zaman tu tak ramai orang pakai tudung, wan azizah antara isteri menteri BN/ UMNO yg pakai tudung,

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 25-11-2022 09:32 AM
dua azizah

Ha.. baru pasan. Both jijah...both cantik je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 09:45 AM | Show all posts
FLOM queen la wei…  haiyoooo…
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 09:46 AM | Show all posts
wanita pertama adalah permaisuri agong la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2022 09:52 AM | Show all posts
eyansss replied at 25-11-2022 01:45 PM
FLOM queen la wei…  haiyoooo…
KUALA LUMPUR: Panggilan Wanita Pertama dalam konteks Malaysia merujuk kepada isteri Perdana Menteri, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, panggilan itu adalah satu gelaran tidak rasmi yang tidak berasaskan kepada sebarang peruntukan perundangan tetapi berasaskan kepada amalan dan kelaziman yang biasa.



"Ini adalah amalan lama dalam politik antarabangsa. Sebagai contoh di United Kingdom, Ratu Elizabeth bukan dianggap Wanita Pertama kerana beliau digelar sebagai Ratu.



Wanita Pertama ialah isteri kepada Ketau Eksekutif iaitu isteri Perdana Menteri. Begitulah juga seperti yang berlaku di negara Jepun," katanya.



Justeru, tidak perlu timbul sebarang kekeliruan dari segi penggunaan gelaran tersebut, katanya ketika menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) yang bertanya mengenai takrifan Wanita Pertama Malaysia, sama ada merujuk kepada isteri Perdana Menteri atau Raja Permaisuri Agong.



Mengenai peruntukan kewangan untuk membiayai kegiatan Wanita Pertama pada 2011, Mohamed Nazri berkata tiada peruntukan kewangan khusus untuk membiayai kegiatan isteri Perdana Menteri.



Menjawab soalan tambahan Johari, Mohamed Nazri turut menegaskan bahawa tidak wujud unit khas untuk Wanita Pertama di Jabatan Perdana Menteri.



Katanya penggunaan panggilan Wanita Pertama juga tidak bercanggah dengan peruntukan 32 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Raja Permaisuri Agong sebagai yang utama. BERNAMA
Haiyoooo !!

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 10:05 AM | Show all posts

ada juga jasa Nazri Aziz.. kahkah

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 10:06 AM | Show all posts
semalam masa PC yg kat kajang tu, aku tengok azizah tolong sambut microfon press utk letak atas meja,,kalau si badak sumbu muka ahli sihir rosmah? mati hidup semula pun dia buat bodoh aje...jenis bongkak...sekarang padan muka..baru tau langit tinggi rendah
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 10:13 AM | Show all posts
laki bini MP, pelik jugak janggal pun ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2022 10:14 AM | Show all posts

Nak letak nama anak perempuan Azizah jugak la nanti.


Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Travelo replied at 25-11-2022 10:06 AM
semalam masa PC yg kat kajang tu, aku tengok azizah tolong sambut microfon press utk letak atas meja ...

Ko rasa kak mah ada kesah tuh semua?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa Rosmah mengaku first lady (FLOM) puak2 PH kutuk kata gelaran tu tak sah untuk isteri PM

Bila dah menang, cepat2 taksubit PH bagi gelaran FLOM kat Wan Jijah... Tak tau malunya
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 10:17 AM | Show all posts
both jijah n both mix chinese
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols pelik. Lama nya hukuman meliwat ... Sedangkan yg mendera bini sampai lumpuh pun x lama gitew
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.340135 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list