CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 305|Reply: 0

[Sabah] Pemeriksaan Imigresen secara pandu lalu di terminal feri ro-ro bermula Disember

[Copy link]
Post time 25-11-2022 07:42 AM | Show all posts |Read mode



LABUAN, 24 (Bernama) -- Rungutan selama sebulan berhubung pemeriksaan imigresen yang lebih ketat di terminal feri ro-ro Labuan akan diselesaikan menjelang akhir bulan ini dengan pelaksanaan pemeriksaan imigresen secara pandu lalu di pintu masuk utama terminal.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail berkata pelaksanaan pusat pemeriksaan imigresen baharu itu akan membantu melancarkan aliran trafik di terminal dan memudahkan urusan penumpang feri.

“Kami telah membuat keputusan selepas mempertimbangkan rungutan orang ramai yang menggunakan terminal ini untuk ke tanah besar Sabah.

“Kami menerima aduan berterusan daripada pelancong berhubung dasar baharu yang dilaksanakan sejak hari pertama pelaksanaannya dan kami faham keadaan itu disebabkan ruang yang terhad di bangunan terminal dan jalan sempit menuju ke feri,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke terminal itu bersama pegawai Jabatan Imigresen, Jabatan Laut dan Jabatan Kastam Labuan di sini hari ini.

Beliau berkata kaunter imigresen di terminal itu perlu diletakkan di lokasi yang strategik agar pemeriksaan itu boleh dikekalkan.

Rithuan juga berkata kaunter tiket feri yang kini berada di dalam kawasan terminal yang merupakan kawasan larangan dan dilindungi, akan dipindahkan ke luar terminal.

Pengarah Jabatan Imigresen Labuan Raymond Anak Entalai mengesahkan pemeriksaan secara pandu lalu itu akan dilaksanakan awal Disember.

“Apabila konsep pemeriksaan pandu lalu dilaksanakan, pemandu dan penumpang boleh kekal di dalam kenderaan dan hanya perlu menunjukkan kad pengenalan atau dokumen perjalanan yang sah kepada kakitangan bertugas,” katanya.

Kementerian Dalam Negeri pada 10 Sept lepas telah mengarahkan Jabatan Imigresen untuk menguatkuasakan kawalan lebih ketat di dua terminal feri Labuan terutama bagi pelancong bukan rakyat Sabah yang menuju ke tanah besar Sabah.

Bekas Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kawalan lebih ketat diperlukan bagi memastikan tiada aliran bebas pelancong di pintu utama terminal feri ke tanah besar Sabah melalui jeti Tanjung Pagar Sipitang, Menumbok dan Jesselton.

Beliau berkata pemeriksaan yang lebih ketat di terminal itu adalah atas permintaan kerajaan Sabah kerana terdapat isu penyalahgunaan dasar aliran bebas di terminal dan ini telah menyebabkan (kemasukan ke Sabah) tidak terkawal.

Pemeriksaan imigresen yang lebih ketat di terminal itu bermula pada 1 Nov lepas, telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan pelancong yang berulang-alik menggunakan perkhidmatan feri ke tanah besar Sabah, mendakwa dasar baharu itu telah membebankan pelancong dan penumpang.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.055962 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list