CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 286|Reply: 0

[Sarawak] GPS setuju sertai kerajaan pimpinan Anwar kerana akur titah Agong - Abang Johari

[Copy link]
Post time 25-11-2022 06:33 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING, 24 Nov (Bernama) -- Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersetuju untuk menyertai Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengerusinya Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan semalam supaya GPS mempertimbangkan untuk bersama-sama gabungan lain bagi menubuhkan kerajaan perpaduan itu.

"Kita akurlah. Anda kena ingat, kita adalah (negara) raja berperlembagaan dan (dalam) kita punya Rukun Negara, kita mesti taat (kesetiaan) kepada raja," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan GPS di sini hari ini.

Sementara itu beliau yang juga Premier Sarawak menyerahkan kepada Anwar untuk menentukan jumlah wakil GPS yang akan menyertai kabinet memandangkan perkara itu merupakan prerogatif beliau (Anwar) sebagai Perdana Menteri.

Ditanya jika Anwar akan datang ke Sarawak, kunjungan pertama sebagai Perdana Menteri dalam masa terdekat ini, Abang Johari berkata: "Sik payahlah saya madah dengan kitak orang. Ya antara kamek dengan nya lah (Tak payahlah saya maklumkan kepada anda semua. Itu antara saya dan dia (Anwar)," .

-- BERNAMA



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.066112 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list