CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 444|Reply: 2

[Borneo] Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10

[Copy link]
Post time 25-11-2022 06:17 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 25-11-2022 06:20 AM


24 Nov: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10, jelas Istana Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamdsuddin berkata, keputusan itu dicapai pada sesi Perbincangan Khas Seri Paduka bersama Raja-Raja Melayu yang berlangsung pagi ini.

“Pada sesi berkenaan, Seri Paduka telah berkenan mewasalkan kepada Raja-Raja Melayu proses pelantikan Perdana Menteri baharu susulan daripada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November lepas.

“Perbincangan itu bertujuan bagi mendapatkan pandangan Duli – Duli Yang Maha Mulia Raja – Raja Melayu untuk membolehkan Baginda membuat keputusan terbaik demi kepentingan rakyat dan negara,”katanya menerusi kenyataan media sebentar tadi.

Kata Ahmad Fadil, proses berkenaan bagi membolehkan Seri Paduka melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli- ahli dewan sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2) (a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka telah memberi pekenan untuk melantik Ahli Parlimen Tambun,Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10 selaras dengan kuasa yang diperuntukkan kepada Baginda,”katanya.

Beliau berkata, proses seterusnya ialah Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia  serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang akan berlangsung pada pukul 5 petang ini di Istana Negara. -TVS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2022 06:18 AM | Show all posts
Sorakan kuat yang kedengaran dari dalam pejabat Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Gasing di sini menarik perhatian pengamal media yang bertugas di luar.

Beberapa pemimpin PH yang tiba di situ turut mempamerkan wajah ceria ketika disapa media.

Antaranya Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Datuk Johari Abdul yang tiba pada pukul 11.20 pagi.

Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin pula tiba sejam kemudian.

Ditanya mengenai keputusan Majlis Tertinggi UMNO semalam untuk tidak menyokong Perikatan Nasional (PN), Johari secara ringkas berkata, satu mesej yang jelas telah disampaikan.

Difahamkan, Anwar masih lagi belum tiba di pejabatnya ketika ini.

Hari ini juga telah berlangsung Perbincangan Khas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Majlis Raja-Raja Melayu di Istana Negara bagi merungkai kemelut pembentukan kerajaan dan pelantikan Perdana Menteri Ke-10 pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). -TVS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2022 06:40 AM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.069755 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list