CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1168|Reply: 0

[DUNIA] Wanita dengan kaki terbesar di UK

[Copy link]
Post time 24-11-2022 11:18 PM | Show all posts |Read mode

Washington: Seorang wanita yang memegang Rekod Dunia Guinness (GWR) untuk kaki wanita terbesar perlu mendapatkan kasut dibuat khas.

Metro UK melaporkan, kaki kanan Tanya Herbert berukuran 13 inci dan kaki kirinya 12 setengah inci bermakna saiz kasutnya untuk UK biasanya adalah saiz 17.

Wanita berusia 39 tahun dari Texas itu mempunyai ketinggian purata dengan enam kaki sembilan inci (kira-kira 2.09 meter (m)) yang hanya tiga inci lebih pendek daripada wanita tertinggi di dunia.

Tanya berkata, kadangkala tidak mudah mempunyai kaki yang panjang.

"Bahagian yang paling sukar mempunyai kaki panjang adalah cuba mencari kasut yang sesuai.


"Saya memanjangkan kasut wanita sendiri supaya sesuai dengan kaki saya, atau, jika saya membeli-belah di bahagian lelaki, saya turun ke saiz 16 atau 17 bergantung pada jenama.

"Saya boleh menemui beberapa kasut lelaki pada saiz itu dalam talian tetapi apabila (kasut) tiba, saya mencantikkannya untuk menjadikannya kelihatan lebih feminin," katanya.

Ketika dia di sekolah menengah, kakinya mencapai saiz yang memecahkan rekod, dan Tanya tidak lama kemudian mendapati kakinya jauh lebih panjang daripada rakan sebayanya.

Tanya percaya ketinggiannya berasal daripada keturunan kerana ayahnya mempunyai ketinggian enam kaki empat inci (kira-kira 1.9 m) dan ibunya, enam kaki lima inci (1.95 m).

Baru-baru ini, Tanya mendapat pengikut yang ramai di TikTok kerana kakinya, dan digalakkan oleh pengikutnya untuk berusaha untuk mendapat pengiktirafan GWR.

Selepas mengukur kakinya pada April tahun ini disahkan pada Oktober, dia mempunyai kaki terbesar mengalahkan Julie Felton yang memegang rekod sebelumnya.


Disiarkan pada: November 24, 2022 @ 3:15pm


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.353494 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list