CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9987|Reply: 89

Ungku ismail akui rindu Nad Zainal, sebelum ini ceria sekarang sunyi

  [Copy link]
Post time 24-11-2022 11:15 PM | Show all posts |Read mode


Ampang: Pelakon, Ungku Ismail Aziz, 36, yang mengesahkan sedang rapat dengan Nad Zainal, 32, tanpa berselindung mengakui kini merindui teman wanitanya itu.  
Menurutnya, sejak Nad sakit, kehidupannya yang selama ini ceria kini bertukar sunyi.

"Saya sayang dia sebagai manusia. Dia sangat baik dan bertimbang rasa. Saya juga rindu untuk meluangkan masa dengannya pergi makan berdua.

"Kami suka mencuba makanan di semua restoran di Kuala Lumpur. Apabila jadi begini tentulah lain jadinya. Apapun saya okey kerana ini adalah ujian untuk kami berdua," katanya ketika ditemui di pusat perubatan yang menempatkan Nad, di sini, hari ini.


Ungku Ismail menjadi watak penting yang bertanggungjawab berkongsi perkembangan terkini kesihatan Nad kepada peminat menerusi laman sosialnya serta kepada media.

Dalam masa ini, dia memohon orang ramai lebih fokus mendoakan kesembuhan Nad, berbanding perhubungan mereka.

"Cerita kami ini adalah selepas dia bercerai. Bila dia isteri orang, tak mungkin kami nak rapat. Saya mula rapat dengannya ketika kami bersama-sama menjayakan penggambaran drama Cina Buta.

"Selepas itu, saya mengajak dia merakamkan program travelog dan dia okey walaupun penggambaran itu membabitkan kos. Dia sanggup buat bersama-sama dan melabur. Kita tahu susah nak mencari pelakon yang boleh melakukan perkara ini bersama-sama tapi dia setuju dan suka," katanya.

Kerjasama yang terjalin membuatkan hubungan mereka semakin rapat dan akuinya, dia tidak mampu menipu diri sendiri.

"Tipulah kalau saya cakap saya tiada hati. Cuma sekarang saya tak mahu berikan kata pasti atau kata putus, mengenai apa hubungan saya dengan dia.

"Kita sekarang mahu fokus pada kerja kita dan menjayakan travelog ini. Malah kami sepatutnya ke Jepun, esok tapi ia terpaksa ditunda dalam keadaan begini.

"Saya melaporkan perkembangan terkini Nad juga atas tanggungjawab sebagai sahabat," katanya.  

Ungku Ismail berkata, Nad kini sedang sakit dan dia tidak boleh menjauhkan diri dari teman rapatnya itu.

"Ibu bapa saya tak ajar begitu. Iyalah kami rapat, bila bangun pagi dapat mesej daripada dia. Jadi bila perkara itu tiada, saya rasa sunyi.

"Saya tak nak komen soal hati dan perasaan, tapi jujurnya 'spark' di antara kami kuat. Namun sejauh mana hubungan ini, kita doakan yang terbaik. Boleh cakap kami memang rapat dan sedang mencari sesuatu yang terbaik. Saya juga tahu ramai yang nak tengok sama ada betulkah saya akan bertahan.

"Saya pohon semua orang dan peminat terus mendoakan Nad Zainal kembali sihat seperti sediakala," katanya sambil menahan sebak dan dilihat menitiskan air mata.

Mengulas keadaan terkini Nad, Ungku Ismail berkata, doktor memaklumkan  pihak hospital memutuskan untuk menambah rawatan baharu.

"Dia sudah ada perubahan positif cumanya doktor tidak mahu ambil mudah dengan perkara itu. Ada penambahan rawatan baru selain rawatan yang sedia ada untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

"Sekarang ini doktor cuba memberikan rawatan dengan lebih efisien lagi. Maksudnya kalau ada rawatan yang diperlukan terus bertanyakan kepada keluarga.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan Nad yang membuat bacaan Yasin," katanya.

Terdahulu Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin, dilaporkan kritikal susulan pendarahan pada bahagian paru-paru.

Ungku Ismail turut memaklumkan doktor mengesyaki Nad mengalami autoimun.

"Ia cuma kerana paru-parunya berdarah. Ia bukan Covid-19 atau long Covid dan saya dah bosan dengan kenyataan sebegitu," katanya.




https://www.hmetro.com.my/rap/2022/11/907966/ungku-ismail-rindu-nad-zainal-dulu-ceria-sekarang-sunyi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2022 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga bahagia la mael
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 03:16 AM | Show all posts
aku suka la cara ungku ni gentleman dan tak sorok2.. very berterus terang dan jujur gitu.. video dia terangkan pasal keadaan kesihatan Nad kat officialhlive ig tu pun very good explanation la dia bagi..teratur n senang difahami.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Nad beroleh kesihatan n kebahagiaan dgn Mael.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Penat dah tu nampak muka.. Semoga yang baik2 aje utk mereka.. Aamiin
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga Mael & Nanad bahagia.
Moga Faliq pun bahagia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2022 08:06 AM | Show all posts
Sama ada si UI ni senang jatuh cinta, atau
Si Nanad ni pandai mengayat.
Nad ni kebanyakkan ex-bf dia mmg sayang sungguh kat dia, mmg frust bila break off.
Tapi kalau dah jodoh depa berdua, semoga sampai ke jinjang pelamin dan berbahagia.
Mail tu pun, single terlalu lama.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize replied at 25-11-2022 03:16 AM
aku suka la cara ungku ni gentleman dan tak sorok2.. very berterus terang dan jujur gitu.. video dia ...

Mana la nanad tak jatuh hati kan. Kita tgk pun bole rasa cm tenang dan senang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2022 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas nad dah sihat nnt, cepat2 nikah yg kome berdua. #tilljannah
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 08:55 AM | Show all posts
oooo couple dah la ni yaa sbrnya, cuma tak terucap.. ok paham dah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus ui ni berterus terang..sblm ni masa ura2 kata bercinta tu iols ok je..dh sama2 single..moga nanad cepat sembuh..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 09:06 AM | Show all posts
org ketiga dulu kini dah diketahui ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 09:14 AM | Show all posts
nmpk bertgjwb mail ni ...smoga nanad cpt sembuh,dan couple ni cpt2 halalkan hubungan ye...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
sekali nanad sedar pastu balik kt laki dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Fly_over replied at 25-11-2022 09:27 AM
sekali nanad sedar pastu balik kt laki dia

haha... xmgkin
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 09:34 AM | Show all posts
Ok lah tu, dia bagitau secara tak langsung mereka "bersama/couple" and nampaklah UI riso kan nad. Ok semoga berjodohan & semoga kembali sihat nad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2022 09:35 AM | Show all posts
codenamedream replied at 25-11-2022 07:18 AM
Moga Mael & Nanad bahagia.
Moga Faliq pun bahagia.

aminn, im sure they are good people. saya doakan kebahagiaan dan kesejahteraan mereka semua
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 09:41 AM | Show all posts
ooo kapel yaa.. ms dlm drama tu daring giler pakaian si nanad
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
nellyberry replied at 25-11-2022 08:06 AM
Sama ada si UI ni senang jatuh cinta, atau
Si Nanad ni pandai mengayat.
Nad ni kebanyakkan ex-bf dia ...

iols masih x puas hati dgn ending Single Terlalu Lama.
Mungkin endingnya mmg jodoh Mael dgn Nanad.
So Nanad kena cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 10:03 AM | Show all posts
okeh mael..semoga dicepatkan jodoh dengan nanad ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.073048 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list