CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2707|Reply: 36

Dahulu ramai ‘tembak’ perjuangan PH saya – Hans Isaac

  [Copy link]
Post time 24-11-2022 10:46 PM | Show all posts |Read mode

PELAKON Hans Isaac mendedahkan, ramai yang tidak bersetuju dengan perjuangannya bersama Pakatan Harapan (PH) sejak tiga tahun lalu.

Dahulu ramai ‘tembak’ perjuangan PH saya – Hans Isaac

PETALING JAYA – Pelakon juga pengarah terkenal, Datuk Hans Isaac berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menjadi tunjang utama sistem demokrasi negara apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas melalui perjuangan yang panjang.

Hans atau nama sebenarnya, Gerald Hans Isaac berkata, perjuangannya bersama Pakatan Harapan (PH) awalnya tidak dipersetujui ramai namun kini semuanya berubah.

“Pertama sekali, saya berterima kasih daripada Pakatan Harapan (PH) kepada semua pengundi yang membantu kami untuk memberi mandat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-10.

“Jauh perjalanan dan perjuangan. Ramai yang ‘tembak’ saya dan ramai yang cakap ‘apalah Hans kau buat ni’,” kata bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu menerusi satu muat naik video dalam Instagram.

Membawa semangat Malaysia baharu, Hans, 51, menyeru semua pihak agar bekerjasama demi membangunkan negara dan mengenepikan kepentingan sendiri.

“Apa yang kami harapkan adalah satu unity (perpaduan) walaupun unity kerajaan atau rakyat, tak kira. Niat saya kenapa saya buat benda ini adalah untuk satu Malaysia yang bersama.

“Tak kiralah kaya atau sebaliknya dan bukan juga isu perkauman juga tapi status. Niat kami sekarang untuk berkerja untuk semua orang.

“Saya tiada jawatan. Saya hanya ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Tapi, sebagai seorang ahli parti mewakili PH, saya akan berusaha untuk membantu meningkatkan apa yang boleh dalam negara kita.

“Apa-apa sahaja yang saya diminta buat untuk membaikkan negara, saya akan lakukannya. Kita perlukan satu Malaysia untuk membangunkan negara ini,” ujarnya.

Tiga tahun berjuang untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR), Hans sebelum ini menang jawatan Ketua Cabang Ampang pada Julai 2022 selepas pemilihan kali kedua dijalankan dengan memperoleh 748 undi, menewaskan pencabar terdekat Altimet dengan perbezaan dua undi, iaitu 746 undi.

Sebelum proses pemilihan kedua dijalankan, Daing Muhammad Reduan Bachok dilapor menewaskan Hans dan Altimet apabila beliau menerima jumlah undian tertinggi iaitu 942 undi.

Hans pernah menuntut jawapan daripada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR berhubung keputusan Pemilihan PKR 2022 peringkat cabang Ampang yang menyaksikan beliau tewas kepada Altimet selepas kiraan semula dibuat.

Hans dan Shahrol Shiro pernah melahirkan hasrat untuk menjadi calon parti masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) namun niat tersebut tidak kesampaian.

Dedikasi pelakon filem Persona Non Grata itu bagaimanapun tidak terhakis apabila sama-sama membantu jentera parti sepanjang kempen PRU15, termasuk menjadi pengiring calon PH Parlimen Ampang, Rodziah Ismail pada Penamaan Calon PRU15. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... ph-saya-hans-isaac/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2022 10:46 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 10:50 PM | Show all posts
tembak apa?? kau tak bertanding pun... BN gak yang ejas bagi PH jadi kerajaan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edisi mengampu ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 03:12 AM From the mobile phone | Show all posts
SonicSiLandak replied at 24-11-2022 10:50 PM
tembak apa?? kau tak bertanding pun... BN gak yang ejas bagi PH jadi kerajaan...

Ramai penyokong ph bria padahal bukan menang majoriti pun..kalau tak kerana bn bangnon tak naik lagi jadi pm.haha
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 03:16 AM | Show all posts
dah tu sekarang ko nak suruh tembak apa? tembak babi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2022 07:34 AM | Show all posts
edisi claim
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
felinecat replied at 24-11-2022 10:50 PM
Edisi mengampu ke ni

Bakal jadi ketua finas lah nampak nya.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2022 08:01 AM | Show all posts
tembak acik kau....kalau bn tak cukupkan seats tergantung la sampai kiamat..aku suka je anwar jadi pm..tapi aku benci puak2 retis bangang pengampu cam dia ni la
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 09:50 AM | Show all posts
MadameOnion replied at 25-11-2022 08:01 AM
tembak acik kau....kalau bn tak cukupkan seats tergantung la sampai kiamat..aku suka je anwar jadi p ...

mamat ni bukan jenis pengampu. as much as aku tak suka mamat kaki sentap ni tapi dia bukan pengampu ya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 10:20 AM | Show all posts
dari aku suka kau, tapi sebab kes dgn fattzura ko tak reti handle, terus aku tak suka kau. ini kerajaan perpaduan ya, bukan kerajaan PH. Atas ihsan BN ya. jangan la bagi dia dgn finas.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 10:28 AM | Show all posts
Bukan masa utk menemplak ya, ni masanya utk bukti kan credibility dan manisfesto di laksanakan, rakyat di dahulukan, bukan perasaan individu. All the best.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 10:30 AM | Show all posts

ohhh marketing alaf baru ea pru kali ni, semua gabungan parti buat lagu
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 10:37 AM | Show all posts
doubleharmonic replied at 25-11-2022 03:16 AM
dah tu sekarang ko nak suruh tembak apa? tembak babi?

betul la tu tembak babi aka noreen..haha..mana pergi yb tembak babi hutan tu tah..dia tu bagus dibabikan je sume orang dalam ADUN..

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 11:39 AM | Show all posts
btw penyokong ph kena berterima kasih kepada tun. sebab tun punca bn berpecah pecah dan tertubuhnya bersatu. bersatu dan pas bolot banyak kerusi sampai bn jadi king maker.

tanpa tun mustahil boleh buat unity gov.

dan ingat juga doa almarhum haji fadhil noor dahulu . sekarang ia jadi kenyataan. rindu zaman almarhum zaman tuan guru nik aziz. zaman tu islam di angkat di julang tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 25-11-2022 07:44 AM
Bakal jadi ketua finas lah nampak nya.....

Mami har dah beriye offer nak duduk kosi finas tuari masa kempen pru
Lepas tu bila BN kalah, heshe kata takpe lah dah kalah, bagi kat Hans la try luck
Lawak tau bapak Leona tuh
Harini dia merempan pasal anak2 dia. Dia paling stress dgn leona
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2022 11:46 AM | Show all posts
ni lagi sekor...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 12:20 PM | Show all posts
feeling ye org2 ph. gi hantar buah kat zahid tu ckp tq
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 02:05 PM | Show all posts
honey_yayan replied at 25-11-2022 03:12 AM
Ramai penyokong ph bria padahal bukan menang majoriti pun..kalau tak kerana bn bangnon tak naik la ...

betul tu yan... kalau tengok muka mat sabu rafizi dan loke pun.. muka tak seronok...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
MadameOnion replied at 25-11-2022 08:01 AM
tembak acik kau....kalau bn tak cukupkan seats tergantung la sampai kiamat..aku suka je anwar jadi p ...

Hehe edisi claim.. tengok sorang retis tu kena tembak kat ig cepwan dek netizen.. org tanya apa yg kau setuju? Retis tu entah baca entah tidak apa yg cepwan tu tulis hehe. Kalau dah bengap hehe
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.066818 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list