PETALING JAYA: Kerajaan Perpaduan diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta berbincang dengan ketua setiausaha negara (KSN) dan ketua setiausaha kementerian (KSU) yang sebelum mengecilkan saiz Jemaah Menteri. “Cuepacs juga tidak mahu keputusan terburu-buru mengganggu akan memberi kesan kepada dasar-dasar semasa yang sedang dilaksanakan penjawat awam terganggu. Sudah tentu ia memberi kesan kepada pencapaian atau sesetengah dasar itu akan tergantung tidak dapat mencapai hasil yang diingini,” katanya dalam kenyataan hari ini. Adnan mengambil maklum ahli-ahli politik ketika berkempen pada PRU15 berjanji mengecilkan saiz Jemaah Menteri atau jumlah menteri sekiranya diberi mandat. Beliau berkata, perbincangan dengan KSN dan KSU-KSU perlu bagi mengelakkan keputusan yang memberi keasn tidak baik kepada jentera pentadbiran kerajaan. “Hal ini sudah pasti memberi kesan kepada sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat yang pada akhirnya mencemarkan nama baik penjawat awam selaku kumpulan pelaksana,” tambahnya.- UTUSAN
|