CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 346|Reply: 0

[Johor] Ibu bapa inspirasi tiga beradik terima PhD bersama

[Copy link]
Post time 24-11-2022 03:22 PM | Show all posts |Read mode

AISHAH (kiri), Faridah (tengah) dan Jamilia selepas bersama-sama menerima PhD pada Majlis Konvokesyen UTM. FOTO Izz Laily Hussein

Johor Bahru: Mengambil semangat ibu bapa yang berkelulusan doktor falsafah (PhD), tiga beradik nekad menyambung pengajian pada peringkat PhD sebelum sama-sama memahat kenangan indah pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ke-66, hari ini.

Faridah Mohd Marsin, 39; bersama dua adiknya, Jamilia, 36; dan Aishah, 32; berkongsi kegembiraan itu apabila hasrat menamatkan pengajian dan bergraduasi bersama-sama tercapai.

Faridah yang juga anak sulung enam beradik berkata, ia majlis graduasi paling manis buat dia dan keluarga.


"Kami tidak pernah rasa segembira ini. Kami dapat sokongan ibu bapa dan merekalah inspirasi kami.

"Memang kami dah rancang harap-harap dapat konvo bersama. Memang kami 'push' (sokong) untuk sama-sama selesaikan tugasan Viva dan Alhamdulillah, akhirnya kami dapat tamatkan pengajian dan hari ini bergraduasi bersama-sama," katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen di UTM Skudai di sini, hari ini.

Sementara itu, Jamilia pula berkata, sejak kecil mereka adik-beradik sentiasa menyokong antara satu sama lain bukan sahaja dalam soal pembelajaran, tetapi juga hal keluarga dan anak-anak.

"Kita memang ada berbalah dan berbeza pendapat kerana biasalah adik-beradik, bagaimanapun kami tetap akan menyokong antara satu sama lain.

"Tetapi, pendorong utama kami dalam menyambung pengajian sudah pasti ibu bapa kami yang penting ada minat dan kesungguhan untuk belajar," kata anak kedua itu.

Ibu bapa tiga beradik itu, Dr Mohd Marsin Sanagi dan Dr Noriah Bidin, masing-masing pernah bertugas sebagai pensyarah Pensyarah Sains Kimia dan Pensyarah Sains Fizik di UTM Skudai, namun kedua-duanya sudah bersara.

Faridah mencapai PhD Kimia Analisis, Jamilia pula PhD Seni Bina, manakala Aishah berjaya dengan PhD Kejuruteraan Bioproses.

Bagi anak kelima, Aishah, cabaran mereka tiga beradik sepanjang pengajian apabila perlu menyeimbangkan masa antara belajar, keluarga dan kerjaya.

"Kami semua sudah berkeluarga dengan masing-masing mempunyai anak seramai tiga, empat dan lima orang. Tetapi, itulah cabaran kami apabila perlu menyeimbangkan kesemuanya antara belajar, keluarga dan bekerja.

"Kami perlu kuat semangat sebab kadang-kadang memang ada sampai tahap penat kerana banyak pengorbanan yang perlu dibuat, sebab itu perlunya sokongan keluarga," katanya.

Tiga beradik itu antara 539 graduan yang menerima PhD dan Ijazah Sarjana pada sesi pagi majlis konvokesyen itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -terima-phd-bersama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.045964 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list