CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3522|Reply: 24

Cecair Terkumpul Di Bahagian Kanan Paru-Paru, Badan Mafarikha Ditebuk

  [Copy link]
Post time 24-11-2022 03:19 PM | Show all posts |Read mode
Selepas negatif Covid-19, penyanyi Mafarikha Akhir atau Mafa, 29, kini terpaksa bertarung dengan jangkitan kuman di paru-paru selain sudah lebih sebulan ditahan di hospital.


Mafa berkata, terdapat cecair terkumpul di bahagian kanan paru-parunya. Untuk mengeluarkan cecair itu dan proses sembuh, badannya terpaksa ditebuk dua lubang di depan dan belakang.


Foto: IG




"Masa hari pertama kena tebuk, terdapat 3.2 liter cecair keluar. Ia berterusan dan sehingga kini dan saya rasa sudah lebih  empat liter cecair dikeluarkan. Bila terkena penyakit ini, paru-paru memang akan ada parut dan ambil masa lama untuk pulih.


"aru-paru saya tidak lagi macam orang biasa lain yang sihat. Bila sudah ditebuk untuk keluarkan air, ada kemungkinan untuk angin pula masuk. Prosedurnya mudah tapi semua dibuat dalam keadaan sedar. Memang sakit sangat," katanya.








Penyanyi lagu Angin itu mengakui tidak pernah menyangka dia akan ditimpa dugaan besar itu.


Namun, dia positif dan menikmati setiap hari dilaluinya sekarang.




  



"erasaannya tak terkata. Tak jangka pun akan sakit teruk begini dan duduk hospital lama-lama. Saya memang tak tahu nak fikir apa untuk masa depan, hanya boleh fikir masa sekarang.


"Ada kalanya saya rasa sangat kecewa dengan diri sendiri kerana terlalu perlahan untuk pulih. Tapi saya kena terima proses itu memang akan mengambil masa yang agak panjang," katanya.




  



Menurut Mafa, dia juga tidak pasti berapa lama lagi dia boleh dibenarkan keluar dari hospital. Ini disebabkan dia masih perlu menjalani rawatan berterusan hingga benar-benar pulih.


"Saya masih perlu mengambil antibiotik selama enam minggu. Untuk benar-benar pulih, saya tidak pasti. Doktor cuma cakap memang agak lama," katanya.




  



Pada 24 Oktober lalu, Mafa dimasukkan ke wad kritikal di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor selepas dijangkiti Covid-19 tahap lima dan berdepan kebimbangan sekiranya dia ditidurkan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2022 03:43 PM | Show all posts
boleh nyanyi lagi ke kalu peparu dah tebuk cmtu
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapaaa sekarang ramai sangat erk org sakit bkaitan paru3?? Risauu pulakk aq
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 04:48 PM | Show all posts
rasanya sebab covid. once kita kena covid, memang paru paru kita akan ada luka
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku baca pun dah rasa ngilu semoga cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
gws. gmbr she kt hospital x mekap tu cantik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2022 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Pencen le kot nyanyi lps ni dah peparu jd gini
Payah la nak control breathing segala tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Fly_over replied at 24-11-2022 05:03 PM
gws. gmbr she kt hospital x mekap tu cantik

Dia ni kalau kurus mmg cantik.. Pernah la kurus sblm ni pastu naik balik badan dia.. Get well soon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2022 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Get well soon..inshaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 08:42 PM | Show all posts
tu la berkat warnakan rambut kaler hijau... dah sihat nanti.. botakkan pulak kepala ya
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik tanpa mekap
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
darkness replied at 24-11-2022 09:09 PM
Cantik tanpa mekap

kalau betul takde filter on her ig update...kulit dia sangat cantik
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia badan berisi pun cantik. Tak nampak kepam. Tak mekap pun cantik
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 10:32 AM | Show all posts
moga cpt sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 10:37 AM | Show all posts
macam lebeh kurang sama cerita dengan nad jenal.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 11:14 AM | Show all posts
xpela ini adalah turning point utk u bertobat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2022 11:35 AM | Show all posts
akuHavocczz replied at 24-11-2022 04:48 PM
rasanya sebab covid. once kita kena covid, memang paru paru kita akan ada luka

I pun rasa sebab covid dan vaksin covid jugak. Banyak penyakit-penyakit tiba flare up lepas inject vaccine. Tapi random la.. sapa kena, kena laa.. elok la kita menjaga pemakanan dan persekitaran kita.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 11:38 AM | Show all posts
Get well soon..risau pulak kalau kena covid ni..iols xpernah kena lagi..takut la dengar macam2 jadi
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 11:41 AM | Show all posts
annadonna replied at 24-11-2022 03:03 PM
Dia badan berisi pun cantik. Tak nampak kepam. Tak mekap pun cantik

Ini berisi dambaan abang2 despatch yg selalu datang opis hantar surat
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 11:52 AM | Show all posts
bunnyj3lly replied at 25-11-2022 11:35 AM
I pun rasa sebab covid dan vaksin covid jugak. Banyak penyakit-penyakit tiba flare up lepas inject ...

Ya even my family ada jadi mangsa vaccine sampai meninggal
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.530425 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list