CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 306|Reply: 0

[Johor] Suami isteri bergelut pelbagai penyakit, 5 anak berstatus OKU

[Copy link]
Post time 24-11-2022 03:19 PM | Show all posts |Read mode

MAS Imran (kanan) menyampaikan sumbangan kepada keluarga pesakit kronik, Norain Zailani, dan anak syurganya di PPR Sri Stulang. FOTO Mary Victoria Dass

Johor Bahru: "Kami risaukan nasib anak termasuk lima berstatus OKU. Saya tidak mahu mereka dipisahkan sekiranya kami tiada lagi," kata Mohd Hassan Basri Abdullah, 40, yang menghidap pelbagai penyakit kronik di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang di sini, hari ini.

Mohd Hassan yang juga mualaf berkata, dia hilang upaya untuk bekerja sejak pertengahan tahun lalu selepas disahkan mengalami masalah jantung.

Katanya, malah dia turut disahkan mengalami masalah hati, usus, tiroid, saraf sendi dan tulang yang sebenarnya menyebabkan dia tidak boleh melakukan pekerjaan berat.


"Tapi saya perlu menyara keluarga. Sebelum ini saya mengutip barangan elektrik terpakai dan membaikinya untuk dijual semula.

"Namun akibat mengalami masalah jantung saya tidak dapat melakukan kerja yang berat dan tidak dapat berjalan lama kerana mudah sesak nafas," katanya.

Mohd Hassan berkata, isterinya, Norain Zailani, 33, bekas pekerja bahagian pembersihan juga diuji dengan masalah kesihatan kerana menghidap anemia, penyakit kulit kronik (ekzema), ketumbuhan di hidung dan salur mata selain masalah jantung.

Katanya, Norain juga dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada bulan lalu akibat serangan jantung dan dia juga didiagnos mengalami penyakit autoimun iaitu antibodi menyerang platelet, Antifosfolipid iaitu antibodi menyerang tisu selain serangan panik.

"Sejak beberapa bulan lalu isteri hanya mampu bergerak dengan kerusi roda selain menggunakan tongkat, keadaan tubuhnya di bahagian kiri masih lemah dan ia menimbulkan kesulitan kerana kami tinggal di tingkat empat di flat ini.

"Kami sekeluarga bergantung sepenuhnya kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM1,000 sebulan selain bantuan Baitulmal sejumlah RM400.

"Lima daripada enam anak saya berstatus orang kurang upaya (OKU) kerana mengalami masalah disleksia dan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD). Hanya anak bongsu normal," katanya.

Sementara itu, Norain berkata, sudah hampir tiga tahun dia tidak membelikan anak-anak pakaian baharu sebaliknya hanya mengutip baju lusuh dan pemberian orang ramai.

"Kami bersyukur kerana rakan suami meminjamkan kereta sejak setahun lalu untuk digunakan ke hospital bagi mendapatkan rawatan atau menjalani pemeriksaan kesihatan," katanya.

Norain berkata, dia berharap ada pihak yang menyumbangkan tongkat atau kerusi roda yang bersesuaian bagi memudahkan pergerakannya kerana peralatan digunakan dipinjam dari kenalannya.

Terdahulu keluarga terbabit dikunjungi Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash And Carry, Mas Imran Adam yang turut menyumbang barangan keperluan harian hari ini.

Orang ramai yang bersimpati boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 01002-41-00007440-4 milik Norain Zailani atau menghubungi 011-63640049.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -anak-berstatus-oku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.049167 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list