CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 249|Reply: 0

[Kelantan] Polis Kelantan akan lupus dadah bernilai RM47 juta

[Copy link]
Post time 24-11-2022 01:12 PM | Show all posts |Read mode

Datuk Muhamad Zaki Harun (kanan) bersama pegawainya memeriksa kesemua pelbagai jenis dadah yang akan dilupuskan selepas mendapat perintah mahkamah. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan akan melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM47 juta yang dirampas bermula 2008 hingga tahun ini membabitkan 4,399 kertas siasatan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dadah itu dilupuskan selepas mendapat perintah mahkamah berikutan prosiding mahkamah selesai dan tempoh rayuan bagi hukuman yang dikenakan kepada pesalah terbabit tamat.

"Kesemua barang kes ini akan dilupuskan esok di Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Kualiti Alam Sdn Bhd di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.


"Dadah itu membabitkan heroin, Methampethamine, ganja, nimetazepam, ecstasy, kodein dan ketum.

"Selain rampasan dadah, kesemua 4,399 kertas siasatan itu juga membabitkan sitaan bernilai RM41 juta termasuk kenderaan, wang tunai, barang kemas serta wang dalam akaun," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, pelupusan dadah itu dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan arahan yang sudah ditetapkan.

Kesemua barang kes itu diambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Racun 1952.

Menurutnya lagi, bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan merekodkan 9,018 kes membabitkan 11,115 tangkapan dengan rampasan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM49.83 juta.

"Nilai sitaan aset pengedar pula berjumlah RM3.9 juta. Sebanyak 73 tangkapan dilakukan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

"Bagi tempoh sama, JSJN juga berjaya mengambil tindakan ke atas 511 penagih tegar atau berulang di bawah Seksyen 39C ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman lebih tinggi dalam usaha membasmi masalah dadah di Kelantan khususnya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bernilai-rm47-juta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.049094 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list