CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 312|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ibu tunggal menderita kanser ovari, terpaksa berhenti kerja

[Copy link]
Post time 24-11-2022 01:03 PM | Show all posts |Read mode

SULAINA tetap cekal membesarkan anak-anaknya di Kampung Nelayan, Teluk Kumbar, George Town.


GEORGE TOWN – Seorang ibu tunggal terpaksa membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai operator kilang selepas menderita kesakitan akibat kanser ovari tahap empat.

Suliana Saleh, 43, yang juga ibu kepada tiga anak berusia lapan, 11 dan 13 tahun itu berkata, dia kini terpaksa memikul amanah besar untuk menjaga keluarga selepas kematian suami, Rasidi Ramli enam tahun lalu.

Katanya, penyakit kanser ovari itu mula dikesan pada September tahun lalu.

“Suami meninggal dunia akibat masalah paru-paru berair ketika tiga semua anak masih kecil. Ketika itu, saya hanya perlu cekal dengan dugaan hidup.

“Pada September tahun lalu, saya pula disahkan menghidap kanser ovari tahap empat sehingga terpaksa menjalani pembedahan membuang bahagian rahim di Hospital Pulau Pinang.

“Dugaan saya bertimpa-timpa. Saya sudah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak lapan kali dan terakhir pada Mac lalu. Keadaan saya kini nampak stabil, tetapi masih sakit pada bahagian yang dibedah,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Dalam pada itu, menurut Suliana lagi, keputusan berhenti kerja sebagai operator kilang di Bayan Baru terpaksa dibuat di­sebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

“Saya ada memohon untuk mendapatkan bantuan dan faedah dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta masih menunggu maklum balas daripada pihak tersebut.

“Saya berharap agar permohonan itu diterima secepat mungkin kerana saya hanya bergantung kepada baki duit simpanan serta bantuan daripada rakan-rakan penduduk di sini.

“Selain menguruskan hal ha­rian dan persekolahan anak-anak, saya juga perlu menjelaskan duit sewa rumah sebanyak RM450 sebulan,” jelasnya.

Terdahulu, kediaman sewa Suliana yang bertempat di Kampung Nelayan, Teluk Kumbar di sini dikunjungi sukarelawan Nek Norbi dan rakan-rakannya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun CIMB 7020114926 (Suliana Saleh) atau menghubunginya di talian 017-5483270. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... ksa-berhenti-kerja/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.085414 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list