CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 0

Piala Dunia: Messi enggan tangisi kekalahan

[Copy link]
Post time 24-11-2022 12:59 PM | Show all posts |Read mode

MESSI tetap bersikap positif dan merasakan kekalahan kepada Arab Saudi bukan penamat buat Argentina yang kini berdepan misi wajib menang ke atas Mexico, awal pagi Ahad ini. - AFP



LUSAIL – Lionel Messi segera beri amaran buat rakan-rakan sepasukannya bahawa Argentina tiada lagi alasan untuk tidak capai kemenangan selepas dipalit kejutan terbesar tewas 2-1 ke­pada Arab Saudi pada aksi pembukaan Kumpulan C, kelmarin.

Pada perlawanan itu, Messi membuka jaringan seawal minit ke-10, namun segalanya seakan tidak kena buat Argentina apabila Arab Saudi bangkit mencipta kejutan besar pada Piala Dunia apabila memperoleh dua gol di babak kedua menerusi Saleh Al Shehri dan Salem Al Dawsari.

Tampil sebagai salah satu pa­sukan pilihan, Messi tetap bersikap positif dan merasakan keputusan itu bukan penamat buat Argentina yang kini berdepan misi wajib menang ke atas Mexico,­ awal pagi Ahad ini.

“Ia menjadi tamparan buat kami dan kami tidak pernah jangka memulakan kempen dengan keputusan seperti ini. Memang kami mahu dapatkan tiga mata ke atas Arab Saudi.

“Namun, semua ini berlaku pasti bersebab. Jadi sekarang kami perlu menyiapkan pasukan untuk mendapatkan kemena­ngan. Tiada lagi alasan dan kami harus lebih bersatu kerana skuad ini miliki kualiti.

“Kami perlu beralih ke episod baharu, menilai kekurangan dan segera berikan fokus kepada aksi menentang Mexico. Kami perlu buktikannya dan kami kena tunjukkan inilah kekuatan sebenar yang kami ada,” kata Messi.

Pengurus Arab Saudi, Herve Renard selepas perlawanan itu merasakan Argentina yang berada di kedudukan ranking lebih baik daripada pasukannya mungkin berdepan isu keku­rangan motivasi.

Bagaimanapun, Messi menegaskan La Albiceleste tidak pernah memandang rendah ke­upayaan Arab Saudi dan berharap penyokong setia akan terus kekal dengan keyakinan untuk melihat Argentina mara lebih jauh.

“Mesej saya kepada penyokong adalah supaya mereka terus ya­kin dan kami tidak akan biarkan mereka dihimpit kecewa. Kami tahu Arab Saudi adalah pasukan yang memiliki pemain yang bagus dan mereka berjaya menggerakan bola dengan lebih baik.

“Kami perlu kembali menja­lani persiapan pasukan dan harus ada pelan dan peraca­ngan terbaik untuk dilakukan menjelang menentang pasukan Mexico,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... -tangisi-kekalahan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.052787 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list