CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Biasakan diri dengan penjajaran semula politik negara' - Kon Yeow

[Copy link]
Post time 24-11-2022 12:56 PM | Show all posts |Read mode
'Biasakan diri dengan penjajaran semula politik negara' - Kon Yeow

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - November 24, 2022 @ 12:35pm   bhnews@bh.com.my




Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menjawab soalan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Dewan Undangan Negeri, Lebuh Light, Georgetown di sini, hari ini. NSTP/MIKAIL ONG




GEORGETOWN: Masih terlalu awal untuk membicarakan soal hubungan di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang, tegas Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Beliau yang juga Pengerusi PH negeri, berkata hal itu memandangkan fokus ketika ini lebih tertumpu kepada usaha membentuk kerajaan pada peringkat nasional.

"Kita juga harus menyesuaikan dan membiasakan diri dengan proses penjajaran semula politik yang berlaku dalam negara.

"Pada peringkat nasional banyak perkara yang perlu dilakukan ketika ini," katanya kepada pemberita di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Ketika mengulas kunjungan hormat Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke ke atas Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, Kon Yeow berharap, pertemuan itu dapat memberi impak positif dalam kalangan pelbagai parti di Sarawak.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang, menyifatkan Loke sudah melakukan perkara yang benar, mengatasi parti dan perasaan peribadi.

"Kami sedang cuba membentuk Kerajaan Perpaduan demi kepentingan rakyat serta negara dan saya rasa tindakan beliau (Loke) adalah betul dan baik.

"Kami berharap ia membawa kepada keputusan yang dihasratkan PH dan mendapat restu daripada parti lain (termasuk dalam usaha) untuk membentuk kerajaan campuran," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-2-2023 06:41 PM GMT+8 , Processed in 1.398367 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list