CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 273|Reply: 0

[Terengganu] 5 penyokong TFC disyaki buat kecoh direman

  [Copy link]
Post time 24-11-2022 12:27 PM | Show all posts |Read mode

Lima lelaki berusia 24 hingga 37 tahun yang dipercayai terbabit dalam kekecohan selepas perlawanan separuh akhir Piala Malaysia antara TFC dan Selangor FC pada Isnin lalu dibawa ke Mahkamah Majistret bagi mendapatkan perintah reman. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Lima penyokong Terengganu FC (TFC) yang dipercayai terbabit dalam kekecohan yang berlaku di luar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak pada Isnin lalu, direman empat hari.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, semua lelaki berusia24 hingga 37 tahun ditahan Team Cantas Jabatan Siasatan Jenayah dalam tangkapan berasingan di sekitar daerah ini dan Kuala Nerus antara 11 pagi hingga 8 malam tadi.

Beliau berkata, penahanan lima suspek susulan penahanan lelaki pertama berusia 27 tahun pada hari kejadian yang ditahan ketika melontarkan batu dan beberapa objek keras ke arah bas.

"Semua suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, lima suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu bagi mendapatkan perintah reman sebelum Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Sukri membenarkan mereka direman selama empat hari.

Media sebelum ini melaporkan berlaku satu kekecohan di luar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak Kuala Nerus selepas berakhir perlawanan membabitkan TFC dengan Selangor FC pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia, Isnin lalu.

Dalam kejadian itu, terdapat segelintir penyokong TFC membaling batu ke atas bas yang membawa pemain dan pegawai skuad Gergasi Merah.

Dalam perlawanan itu, skuad Penyu gagal mara ke pentas final Piala Malaysia musim ini selepas tumpas secara agregat 3-2 walaupun merakam kemenangan 1-0 hasil jaringan kapten, Kipre Tchetche pada minit ke-35.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -buat-kecoh-direman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.054817 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list