CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 290|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tiga ditahan disyaki 'keldai akaun'

[Copy link]
Post time 24-11-2022 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Tiga ditahan disyaki 'keldai akaun'

BERNAMA



GAMBAR hiasan




Balik Pulau: Polis menahan dua wanita dan seorang lelaki kerana disyaki menjadi 'keldai akaun' oleh sindiket penipuan dalam tawaran kerja sambilan dan urusan pelaburan melalui dalam talian yang tidak wujud sehingga menyebabkan mangsa kerugian.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya semua mereka berusia 26 hingga 48 tahun itu ditahan secara berasingan di Kedah dan Pulau Pinang, dua hari lepas.

"Berdasarkan siasatan, tiga individu yang ditahan itu dipercayai menjadi 'keldai akaun' sindiket penipuan dan jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa ialah daripada RM13,220 sehingga RM61,946 membabitkan kes yang dilaporkan pada tahun ini," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan tiga suspek itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat Seksyen 420 Kanun keseksaan.

"Pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat sindiket penipuan jual beli, pinjaman tidak wujud, pelaburan tidak wujud, tawaran pekerjaan luar negara atau sambilan, Macau scam dan parcel scam yang kesemuanya dilalukan menerusi media sosial," menurut kenyataan itu.


Disiarkan pada: November 24, 2022 @ 10:33am



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.365381 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list