CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3348|Reply: 67

Kelantan Memerlukan RM7 Bilion Untuk Selesaikan Masalah Air

  [Copy link]
Post time 24-11-2022 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Kerajaan Kelantan memerlukan RM7 bilion bagi menyelesaikan keseluruhan masalah air yang dihadapi di negeri itu sejak puluhan tahun lalu.


Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, masalah utama yang dihadapi Kelantan untuk menyelesaikan masalah berkenaan adalah isu kewangan.


Katanya, pada asalnya, kos untuk masalah itu sebanyak RM2 bilion, namun kini sudah meningkat kepada RM7 bililon.




Foto: Harian Metro




"Dalam tempoh 30 tahun, banyak usaha yang dilakukan kerajaan negeri namun kekangan utama yang dialami adalah membabitkan soal kewangan.


"Menerusi projek migrasi air pada 2016, Kelantan sepatutnya menerima peruntukan RM2 bilion daripada Kerajaan Pusat, namun sayang peruntukan berkenaan tidak 'turun' disebabkan isu teknikal dan politik.


"Justeru pada tahun ini, kos untuk pulihkan bekalan air meningkat kepada RM7 bilion dan kita sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Datuk Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan, di sini, hari ini.


Terdahulu, Mohd Adhan memaklumkan Kelantan masih dianggap gagal dalam menyelesaikan masalah air kepada rakyat negeri itu apabila sehingga kini tidak mampu menyelesaikannya dan apa usaha yang dilakukan sehingga kini.


Mengulas lanjut, Mohd Amar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Panchor berkata, sekalipun kerajaan negeri mempunyai sejumlah wang berkenaan, mereka memerlukan masa untuk menyelesaikan masalah itu.


"Bagaimanapun, kita tidak menganggap isu ini sebagai kegagalan kerajaan negeri sebaliknya ia adalah masalah yang perlu kita hadapi.


"Kita sentiasa berusaha dan bersikap terbuka kerana masalah air sepatutnya sudah lama selesai sekiranya peruntukan diberikan kepada Kelantan," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2022 10:45 AM | Show all posts
Edited by Nurdianah at 28-11-2022 11:41 AM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 10:49 AM | Show all posts
dah tahu nak kena ada duit, knp beli mercedes benz? mangkuk hayun punya MB
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 10:54 AM | Show all posts
kalau dpt 7b kang beli rolls royce plak
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 10:57 AM | Show all posts
buat berfasa..buat satu-satu dulu..Insya Allah dalam 2-3 tahun selesai. ni kalau nak cari 7B terus memang tak ada modal
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 10:57 AM | Show all posts
xleh ke  betulkan 1 bandar setahun.. kalau dari tahun 1990 buat mcm tu, rasanya 2022 dh hmpir setel kot.. ni asyikla kata xde duit..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2022 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh dah naik dah.  Next year naik lagi ke 12b pula.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 11:03 AM | Show all posts
pentadbiran taklah hebat mana tapi nafsu nak memerintah kuat.. hanya mampu buat pentadbiran air paip teh tarik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2022 11:05 AM | Show all posts
berbillion billion
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 11:08 AM | Show all posts
org laksana projek ikut fasa lah pakcik oiii, gila 7 bilion
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
entahla labu. Baru sekarang nak pulihlan bekalan air.
Habis selama memerintah, takde terpikir ke nak senangkan rakyat sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Biliyun biliyun da mcm 1mdb
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow 2 billion jadi 7 billion

"Menerusi projek migrasi air pada 2016, Kelantan sepatutnya menerima peruntukan RM2 bilion daripada Kerajaan Pusat, namun sayang peruntukan berkenaan tidak 'turun' disebabkan isu teknikal dan politik."

BN dari zaman Tun M lagi duk sekat peruntukan kat Kelantan. Ini mmg fakta. Tu sbb kat Kelantan highway apa pun tade.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 11:23 AM | Show all posts
takpun buat dasar penswastaan macam PLUS dulu. rakyat boleh bayar janji air bersih.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Issue ni rasanya dari zaman aku student sampai la aku dah beranak pinak dengan leluhur kelantan pon x settle lagi. Bila balik sana & duduk homestay, memang aku beli air mineral buat minum.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 11:26 AM | Show all posts
ntahla isu air di kelantan ni bukan setahun dua. dari zaman aku berhingus lagi memang dah ada tapi solution nya tak pernah ada. tiap kali raya isu takde air ni tak pernah pun selesai. pelik aku dengan kerajaan negeri kelantan ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2022 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa susah, korek jer nadir bumi yang RM125 billion kat dalam tanah serambi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
PAS Kelantan ni bodoh.. Ko buat la sikit demi sikit... Setiap fasa yg selesai ko report la kat public.. War war kan kat socmed... Buat video tiktok.... Baru la orang nampak ko sebenarnya tengah selesaikan masalah dan ada progress. Kena belajar jadi populis macam geng2 PH... Buat keje sikit tapi gegak gempitanya seluruh alam... Tu baru pandai politik... Create good image & perception... Jangan pemalu & sopan santun sangat tak nak cerita pencapaian yg ada...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022: PAS Kelantan ni bodoh.. Ko bua ...



Well said
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 11:38 AM | Show all posts
akies replied at 24-11-2022 11:09 AM
entahla labu. Baru sekarang nak pulihlan bekalan air.
Habis selama memerintah, takde terpikir ke  ...

Rakyat kelantan kata, diorang dari kecik minum air keruh. Tak mati pun. Tak ada desakan..terima je apa yang kerajaan diorang buat. Beli merce pun rakyat sokong. Tapi bila tang rakyat..suruh besederhana.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.075548 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list