CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 301|Reply: 0

[Sabah] GRS Tolak Tuduhan Isytihar ‘Perang’ Tehadap BN Sabah – Hajiji

[Copy link]
Post time 24-11-2022 12:36 AM | Show all posts |Read mode


Pengerusi GRS Hajiji Noor
KOTA KINABALU : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini menolak sekeras-kerasnya dakwaan kononnya gabungan itu mengisytiharkan ‘perang’ terhadap Barisan Nasional (BN) Sabah, kata Pengerusinya Datuk Seri Hajiji Noor.

Malah, Ketua Menteri Sabah itu berkata GRS berharap BN Sabah akan terus bekerjasama dalam mentadbir negeri itu selaras dengan mandat diberikan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 pada 2020 untuk membentuk kerajaan GRS-BN.

Beliau berkata, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) juga, GRS dan beliau sendiri turun padang berkempen untuk membantu calon BN di kawasan mereka.

“Kita tidak ada apa-apa alasan atau perlunya isytihar perang terhadap BN,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dilaporkan berkata, tindakan GRS menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri melanggar perjanjian kerjasama dua parti itu dan mendakwa ia tindakan isytihar perang kepada BN Sabah.

Menjelaskan perkara itu, Hajiji berkata, sememangnya terdapat janji untuk GRS memberi sokongan kepada UMNO dan BN sekiranya pemimpin parti itu layak menjadi Perdana Menteri serta membentuk kerajaan pasca PRU-15.

“Bagaimanapun, apabila BN kalah dan UMNO tidak layak menjadi Perdana Menteri, maka perjanjian itu tidak sah dengan sendirinya. Perlu ditegaskan juga bahawa tiada janji sebelum pilihan raya (PRU-15) dengan orang (pihak) lain termasuk dengan Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menafikan dakwaan bahawa beliau bersama Ahli Parlimen daripada PartiKesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Ahli Parlimen Bebas telah menemui Muhyiddin di kediaman pemimpin berkenaan di Kuala Lumpur.

“Mereka berjumpa dengan Tan Sri (Muhyiddin) atas kerelaan mereka sendiri dan saya tidak terlibat langsung pada perjumpaan tersebut,” katanya.

Semalam, tular gambar perjumpaan Muhyiddin bersama Presiden KDM, Datuk Peter Anthony, Timbalan Presiden KDM, Datuk Wetrom Bahanda juga Ahli Parlimen Kota Marudu, serta dua Ahli Parlimen Bebas iaitu Datuk Verdon Bahanda (Kudat) dan Riduan Rubin (Tenom).

Bagaimanapun, empat individu itu ketika dihubungi sehingga kini enggan mengulas mengenai pertemuan tersebut.

Pada PRU-15, GRS memenangi enam daripada 13 kerusi Parlimen ditandinginya, BN pula memenangi tujuh daripada 12 kerusi ditandingi di Sabah, manakala Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mempertahankan Parlimen Beluran atas tiket PN. – BERNAMA



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.466771 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list