CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 357|Reply: 0

[Sabah] Pelajar Kosmetologi Sertai Pertandingan Video Pendek Antarabangsa Dengan Video Ulasan Produk

[Copy link]
Post time 24-11-2022 12:35 AM | Show all posts |Read mode


KENINGAU : Pasukan pelajar jurusan kosmetologi Kolej Vokasional Keningau telah menghantar penyertaan mereka iaitu video ulasan produk ke pertandingan video pendek International Social Shorts Antwerp yang berpusat di Belgium yang akan berlangsung pada 26 November 2022.

Mereka telah menghasilkan video dimana mereka memberi ulasan terhadap beberapa produk kosmetik.

Pasukan ini terdiri dari empat pelajar iaitu Emelly Teo Sin Yee, Jasmine P. Molidu, Aelcie Anthony dan Glenys Lajurus David.
Setiap daripada mereka memberi ulasan terhadap empat produk kecantikan yang berbeza.

Emelly Teo Sin Yee menunjukkan cara menggunakan sejenis celak dari jenama tertentu sambil menyenaraikan kelebihan produk itu.

Ianya disusuli oleh Jasmine P. Molidu yang mengesyorkan versi baru set gincu yang terdiri daripada pelbagai warna yang boleh dicampur dan dipadankan agar bersesuaian dengan majlis yang dihadiri atau aktiviti sosial yang dilakukan.

Aelcie Anthony seterusnya menjelaskan kebaikan menggunakan sejenis produk maskara hasil keluaran jenama luar negara yang dilengkapi dengan dua berus untuk bulu mata bawah dan bulu mata atas.

Ahli pasukan keempat mereka iaitu Glenys Lajurus David memberi ulasan yang positif berkenaan dengan faedah menggunakan losyen pelindung matahari yang dihasilkan oleh sebuat syarikat yang terkenal.

Pengarah kolej itu, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, berasa gembira dengan inisiatif pasukan ini kerana mereka telah mencipta kandungan berbentuk video ulasan produk yang selaras dengan program vokasional yang mereka pelajari iaitu kosmetologi.

Dia merasakan penciptaan kandungan sebegitu yang mengandungi unsur pendidikan mampu mengasah kemahiran dan minat pelajar dalam bidang vokasional dan ianya boleh membantu mereka menjadi lebih cekap dalam bidang pekerjaan dan keusahawanaan di masa hadapan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.618967 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list