CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 410|Reply: 1

[Sarawak] Cuba seludup 158,284 sisa logam gagal

[Copy link]
Post time 24-11-2022 12:31 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak mengagalkan cubaan sebuah syarikat pengeksport mengeksport sisa logam seberat 158,284 kg ke luar negara.

Muatan yang dibawa menggunakan enam buah kontena tersebut diikrar sebagai ‘copper flakes’ dan ‘aluminium flakes’.

Pengarah Kastam Sarawak Dr Ahmad Taufik Sulaiman berkata, sepasukan Bahagian Penguatkuasaan JKDM Kuching telah memeriksa muatan tersebut di Pelabuhan Senari, di sini pada 12 Oktober lalu, kira-kira jam 2.30 petang.

Katanya, pemeriksaan dilakukan selaras dengan pelaksanaan Operasi Demeter VIII 2022 oleh JKDM yang menyasarkan penyeludupan.

“Pemeriksaan awal mendapati barang yang diikrar tidak sama seperti dalam dokumen kastam yang diikrar oleh syarikat.

“Oleh yang demikian, semua kontena tersebut telah ditahan bagi tujuan pemeriksaan lanjut di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan, Jalan Gedung, Kuching, Sarawak,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata, rampasan dianggarkan bernilai RM2,168,200 dan cukai yang terlibat ialah RM204,820.

Tambahnya, agen penghantaran dan pemilik syarikat tempatan pengeksport barangan berumur lingkungan 40 tahun turut ditahan.

“Kesemua muatan sisa logam adalah barangan larangan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2017 dan pengeksportan hendaklah mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” ujarnya.

Taufik berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 133(1)(a), Akta Kastam 1967.

Katany, jika bersalah akan didenda tidak melebihi RM500,000 atau hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.



Pengarah Kastam Sarawak Dr Ahmad Taufik Sulaiman








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2022 06:10 AM | Show all posts
Syabas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.315380 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list