CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 307|Reply: 0

[Sarawak] Empat wakil GPS 'kunci mulut' mengenai pertemuan dengan Agong

[Copy link]
Post time 24-11-2022 12:13 AM | Show all posts |Read mode


(Dari kiri) Aaron, Nanta, Fadillah dan Rior ketika ditemui media di lobi DUN hari ini. - Gambar Muhammad Rais Sanusi
Empat wakil GPS 'mengunci mulut' mengenai pertemuan dengan Agong

KUCHING: Empat wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) 'mengunci mulut' ketika ditanya mengenai pertemuan mereka dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

Mereka ialah Dato Sri Fadillah Yusof dan Dato Sri Alexander Nanta Linggi daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Richard Riot (Parti Rakyat Bersatu Sarawak) dan  Datuk Aaron Ago Dagang  (Parti Rakyat Sarawak).

"Tiada komen. Kami perlu berjumpa Premier Sarawak dahulu dan melaporkan kepada beliau," kata Fadillah ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) bersama tiga lagi wakil GPS yang menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita mengenai perjumpan mereka dengan Yang di-Pertuan Agong.

Keempat-empat wakil GPS itu ditemui pemberita ketika hendak bertemu Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang pada masa itu sedang menghadiri Persidangan DUN.

Wakil GPS telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara semalam dalam usaha menyelesaikan kemelut pembentukan kerajaan persekutuan yang baharu dan lantikan Perdana Menteri ke-10.

Terdahulu Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan bahawa Parti Demokratik Progresif (PDP) tidak menghantar wakil menghadap Yang di-Pertuan Agong meskipun dititah berbuat demikian.

Beliau mengesahkan hanya wakil Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Fadillah Yusof dan Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Richard Riot (Parti Rakyat Bersatu Sarawak) dan Datuk Aaron Ago Dagang (Parti Rakyat Sarawak) yang hadir.

Fadillah adalah Ahli Parlimen Petra Jaya, Nanta pula Ahli Parlimen Kapit manakala Riot Ahli Parlimen Serian dan Aaron Ahli Parlimen Kanowit.

PDP ada dua Ahli Parlimen iaitu Datuk Seri Tiong King Sing yang merupakan Ahli Parlimen Bintulu dan presiden parti serta Ahli Parlimen Baram Datuk Anyi Ngau (naib presiden).

Naib Presiden Kanan PDP Senator Datuk Paul Igai ketika dihubungi berkata Tiong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong ketika ini sedang menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Presiden (Tiong) kini bersama saya di DUN. Saya tahu Ahli Parlimen Baram berada di Miri semalam (Selasa)," katanya tanpa mengulas lanjut.

Manakala Setiausaha Agung PDP Datuk Nelson Balang Rining dan Naib Presiden Datuk Henry Harry Jinep memaklumkan mereka tidak tahu mengenai pertemuan wakil-wakil GPS dengan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketika berita ini ditulis, Anyi masih belum dapat dihubungi.

Selain wakil GPS, Yang di-Pertuan Agong juga mengadakan pertemuan dengan kesemua 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pada sebelah pagi (hari ini) selepas cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan antara Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) ditolak.

Pada Ahad (20 November) GPS memaklumkan mereka akan bekerjasama dengan PN, BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk membentuk kerajaan persekutuan baharu dengan memilih Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.065538 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list