CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 299|Reply: 0

[Sarawak] Penyelia syarikat swasta rugi RM209,800 ditipu 'Macau Scam'

[Copy link]
Post time 24-11-2022 12:11 AM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Seorang penyelia sebuah syarikat swasta berusia 59 tahun yang mengalami kerugian sebanyak RM209,800 setelah ditipu sindiket 'Macau Scam' bertindak membuat laporan polis kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Batholomew Umpit berkata, sebelum itu mangsa menerima panggilan daripada seorang (suspek) yang tidak dikenali yang mendakwa dari Kementerian Kesihatan Malaysia (Putrajaya) pada 15 November lalu.

Katanya, suspek mendakwa telah menerima aduan daripada orang awam bahawa mangsa telah membuat 1,200 aduan memburukkan KKM di laman sosial dan kes tersebut telah disiasat oleh Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu Sabah.

"Panggilan telefon tersebut kemudiannya telah disambungkan kepada seorang lagi suspek yang menyamar sebagai polis dari IPD Kota Kinabalu Sabah untuk menyelesaikan masalah tersebut," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Justeru katanya, mangsa kemudian diminta membuat rayuan dengan pegawai polis tersebut kerana dikatakan nama mangsa terlibat kes pengubahan wang haram, pengedaran dadah serta bekerjasama dengan 'Geng Lim Kok Wing' iaitu seorang pesara pengurus bank di Bintulu yang telah ditangkap dan ditahan di IPD Kota Kinabalu.

Katanya, sekiranya tidak diselesaikan secepat mungkin mangsa akan dikenakan tindakan mahkamah.

"Mangsa kemudian diarahkan untuk membuka satu akaun di Bank Islam dan memasukkan sejumlah wang ke akaun tersebut.

"Mangsa yang mempercayai suspek telah menuruti arahan tersebut yang mana mangsa telah mengeluarkan wang simpanannya dari akaun ASB (Amanah Saham Bumiputera) dan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun Bank Islam yang baru dibuka itu," jelasnya.

Ujarnya, manngsa seterusnya telah mendaftar e-mel dan nombor telefon milik suspek untuk perbankan dalam talian bagi akaun yang baru dibuka itu.

Begitupun katanya, mangsa hanya menyedari telah ditipu setelah membuat semakan di kaunter bank cawangan Bintulu dan mendapati wang dalam akaun itu hanya berbaki RM388.

"Mangsa dimaklumkan wang berjumlah RM209,800 telah dipindahkan ke dalam dua akaun individu tidak dikenali melalui sembilan transaksi antara 16 November 2022 dan 17 November 2022," katanya.

Beiau menasihati orang ramai agar dapat mengawal diri dan tidak mudah panik atau merasa cemas sekiranya menerima panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali yang mendakwa daripada mana-mana jabatan kerajaan, institusi kewangan, syarikat insurans, syarikat penghantaran dan sebagainya.

"Segera tamatkan panggilan tersebut dan buat semakan dengan pihak berwajib melalui nombor telefon yang sah atau hadir sendiri ke jabatan kerajaan, institusi kewangan, syarikat insurans dan syarikat penghantaran berkenaan untuk membuat pengesahan," tegasnya.

Katanya, jangan sesekali menghubungi nombor telefon yang diberi oleh suspek dan orang ramai juga diingatkan agar tidak memberikan maklumat perbankan seperti nombor akaun, nombor kad ATM (pengeluaran wang automatik), nombor PIN, ID dan kata laluan perbankan dalam talian kepada mana-mana individu yang tidak dikenali.

"Maklumat perbankan tidak seharusnya didedahkan kepada sesiapa sahaja.

"Jangan sesekali mendaftarkan perbankan dalam talian dengan nombor telefon yang diberikan oleh mana-mana individu yang tidak dikenali," katanya.

Pada masa sama katanya, orang ramai boleh membuat semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui 'check scammers CCID' atau melalui laman sesawang http://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.

"Layari Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police dan Jabatan Jenayah Komersil Sarawak untuk mendapatkan maklumat modus operandi terkini penipuan.

"Orang ramai juga boleh berhubung dengan CCID Scam Response Center melalui talian 03-26101559 atau Commercial Crime Investigation Department (CCID) Infoline di talian 013-2111222 (WhatsApp/SMS) bagi mendapatkan nasihat atau menyalurkan maklumat berhubung kes-ke jenayah dalam talian," katanya.

Katanya, hubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 jika menjadi mangsa penipuan siber (Macau Scam, Love Scam, penipuan E-dagang, pinjaman tidak wujud dan sebagainya) sekiranya anda baharu sahaja membuat transaksi pindahan wang ke mana-mana akaun keldai atau sindiket penipuan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.063782 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list