CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 310|Reply: 0

[Sarawak] Mesej GPS tidak sokong PN, Muhyiddin palsu

[Copy link]
Post time 24-11-2022 12:09 AM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim (dua kiri) menjawab soalan pemberita selesai sidang media SIFMA 2022. Turut kelihatan, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I Datuk Sebastian Ting dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datu Hii Chang Kee (dua kanan).
“Sehubungan itu, dari mana timbul isu kumpulan Ahli Parlimen (yang tidak menyokong PN dan pengerusinya) sedangkan kesemua mereka berada di sini petang kelmarin? Hanya dua orang Ahli Parlimen yang tidak hadir susulan mereka mempunyai urusan rasmi.”

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan
Oleh Hafizah Abdul Hamid

KUCHING: Mesej tular baru-baru ini yang mendakwa 13 Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak menyokong Perikatan Nasional (PN) dan Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pembentukan kerajaan baharu adalah palsu.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata mesej yang diuar-uarkan menerusi aplikasi WhatsApp itu adalah berita palsu yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, adalah mustahil bagi Ahli Parlimen dari Sarawak untuk bertindak sedemikian susulan beliau telah menghadiri mesyuarat bersama kesemua individu tersebut di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini pada petang Selasa.

“Sehubungan itu, dari mana timbul isu kumpulan Ahli Parlimen (yang tidak menyokong PN dan pengerusinya) sedangkan kesemua mereka berada di sini petang kelmarin? Hanya dua orang Ahli Parlimen yang tidak hadir susulan mereka mempunyai urusan rasmi.

“Saya cuma boleh menyatakan bahawa perkara yang diuar-uarkan itu adalah berita palsu dan setiap hari, terdapat banyak berita sebegini (palsu) disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita selesai sidang media Festival Muzik dan Seni Antarabangsa Sarawak (SIFMA) 2022 di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur ll di sini, hari ini.

Mesej diuar menerusi aplikasi WhatsApp itu adalah berita palsu yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab


Grafik yang dikongsikan oleh UKAS

Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan berkata, isu yang timbul itu merupakan isu sensitif.

Tambah beliau, perbuatan melaga-lagakan orang ramai terutama masyarakat majmuk di Malaysia adalah sangat tidak bertanggungjawab.

“Saya berharap perkara sebegini dihentikan. Serahkan perkara ini kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” katanya.

Abdul Karim menambah, GPS bertanding atas satu pasukan dan mempunyai satu hati.

“GPS juga sudah memaklumkan pihak yang disokong parti dan kita akan akur dengan sebarang keputusan selepas itu,” jelasnya.

Beliau dalam pada itu juga menyeru semua pihak untuk tidak bermain politik.

“Pada pandangan saya, Malaysia bahkan seluruh dunia dijangka akan mengalami kemelesetan ekonomi. Jadi cukuplah bermain politik.

“Mereka yang dilantik nanti diharap dapat menunaikan tanggungjawab dengan baik. Kalau tidak, kita tidak akan mencapai sebarang kemajuan dan seterusnya membuatkan rakyat menderita,” katanya.

Pada malam Selasa, mesej palsu itu dimaklumkan kepada akhbar menerusi grafik yang dikongsi di saluran media WhatsApp Ukas dan menamakan Ahli Parlimen GPS yang dikatakan tidak menyokong Muhyiddin Yassin dan PN untuk membentuk kerajaan.

Mesej palsu itu juga menyatakan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg terpaksa akur dengan kehendak majoriti Ahli Parlimen yang memihak kepada ‘Anuar dan PH’.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.076015 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list