CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 312|Reply: 0

[Sarawak] Stadium tertutup, terbuka di Bintulu perlu dinaik taraf, dibaik pulih

[Copy link]
Post time 24-11-2022 12:04 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Stadium tertutup dan terbuka di Bintulu perlu dinaik taraf dan dibaik pulih memandangkan ia merupakan satu-satunya kemudahan sukan awam yang terdapat di kawasan itu pada masa ini.

Johnny Pang Leong Ming (GPS-Tanjong Batu) berkata, Kerajaan Sarawak dimohon untuk meletakkan usaha itu menerusi Belanjawan Negeri 2023.

Menurutnya, golongan belia di kawasan itu meluahkan rasa kecewa  kerana tidak mempunyai tempat untuk menganjurkan aktiviti sukan sejak penularan wabak COVID-19.

“Terdapat ramai belia yang berbakat dalam sukan di Bintulu, contohnya pasukan frisbee yang menjadi juara dalam Kejohanan Frisbee Antarabangsa Thailand baru-baru ini.

"Bagaimanapun, mereka tidak dapat menggunakan kemudahan awam untuk menjalankan latihan.

“Sebaliknya, mereka terpaksa membelanjakan wang untuk menyewa kemudahan swasta lain untuk berlatih," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (2023), 2022 dan usul untuk merujuk Resolusi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan bagi tahun 2023 di Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan peruntukan RM47 juta daripada Belanjawan Negeri 2023 untuk kemudahan sukan dan pelbagai program pembangunan sukan di Bintulu..

Sementara itu, beliau turut menyambut baik pembinaan sebuah sekolah antarabangsa di Bintulu yang akan dibuka pada 2025.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih atas inisiatif ini kerana mempertimbangkan Bintulu yang memerlukan sebuah sekolah antarabangsa.  

“Justeru, saya memuji langkah murni ini kerana pendidikan adalah sesuatu yang harus kita laburkan dengan banyak untuk masa depan Sarawak,” katanya.

Beliau mengulas lanjut, dengan siapnya sekolah antarabangsa itu ia akan seiring dengan peningkatan bilangan projek mega yang akan diluluskan di Bintulu pada masa akan datang.

“Pembinaan sekolah ini boleh menjadi persediaan untuk pelabur asing yang mempunyai keluarga berpindah ke Bintulu.

“Tambahan pula, dengan penubuhan institusi pembelajaran dan pusat sumber baharu di Bintulu, peluang pekerjaan baharu akan diwujudkan untuk pendidik berkelayakan,” ujarnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.445311 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list