CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 194|Reply: 0

[Kedah] 'Tak sangka arwah pergi buat selamanya'

[Copy link]
Post time 23-11-2022 05:31 PM | Show all posts |Read mode

HIFZUDDIN Ikhsan (tiga kanan) bersama rakan-rakan wartawan ketika menunggu jenazah isterinya, Aida di Jabatan Forensik HSB. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Isteri Ketua Biro Berita Harian Cawangan Kedah/Perlis, Hifzuddin Ikhsan Nek Kamal meninggal dunia akibat serangan jantung, hari ini.

Aida Suhadi, 42, disahkan menghembuskan nafas terakhir ketika mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Pendang pada 8.15 pagi tadi.

Hifzuddin, 41, berkata dia sempat bersarapan bersama isterinya di rumah mereka di Taman Bestari, Pendang sebelum arwah jatuh dan tidak sedarkan diri lalu dibawa ke Klinik Kesihatan Pendang untuk mendapatkan rawatan.


Menurutnya, doktor kemudian mengesahkan arwah sudah meninggal dunia dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

"Allahyarham pernah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta, di sini, Rabu lalu selepas mengalami sesak nafas.

"Namun, dia dibenarkan keluar wad pada Ahad lalu dan berehat di rumah, tetapi tak sangka dia akhirnya pergi selama-lamanya," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HSB, di sini.

Allahyarham Aida yang juga guru di Sekolah Rendah Islam Al Awladiah (SRITA) Kubur Panjang meninggalkan empat anak lelaki berusia antara tujuh hingga 14 tahun.

Jenazahnya akan dibawa ke Masjid Jamek Tuan Guru Haji Abdul Aziz di Pendang untuk dikebumikan selepas solat Isyak, malam ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ergi-buat-selamanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-2-2023 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.088931 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list