View: 2155|Reply: 27
|
[Tempatan]
'Jangan heret Agong dalam politik kepartian'- Chandra
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Proses pemilihan Perdana Menteri perlu diserahkan kepada Parlimen supaya kemelut pelantikan tidak berlarutan sehingga mewujudkan suasana yang seakan mengheret institusi raja dalam politik tanah air.
Perkara itu dicadangkan penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar yang berpandangan kebergantungan tinggi kepada institusi raja untuk membuat keputusan besar berkaitan jawatan Perdana Menteri itu berisiko mencemarkan institusi berkenaan.
Katanya, apa yang berlaku kini membabitkan proses pemilihan perdana menteri adalah sesuatu yang luar biasa dan tidak pernah terjadi sebelum ini.
"Sekarang kita berada dalam keadaan luar biasa, tidak ada pemenang yang jelas dalam pilihan raya dan tiada parti melepasi paras 50 peratus atau majoriti mudah 112 kerusi Parlimen menyebabkan Parlimen tergantung.
"Dalam keadaan luar biasa ini, Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak berbeza daripada biasa. Cara ini sudah dilaksanakan di beberapa negara lain yang tidak banyak beza dengan sistem Malaysia, dengan memanggil persidangan Parlimen.
"Apabila Yang di-Pertuan Agong memanggil sidang Parlimen bagi memilih Perdana Menteri melalui undian ahli Parlimen, baginda boleh mengarahkan Yang Dipertua Dewan Rakyat mengendalikan pengundian nama-nama yang dicadangkan parti politik.
"Selepas pengundian secara sulit dilakukan, keputusannya dipersembahkan Yang Dipertua Dewan Rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan baginda," katanya mengulas penyelesaian kemelut pelantikan Perdana Menteri selepas empat hari Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berakhir.
Kemelut itu wujud selepas tiada satu parti yang mendapat majoriti mudah 112 kerusi bagi membentuk kerajaan.
Chandra Muzaffar yang juga bekas pemimpin PKR berkata, pemilihan Perdana Menteri melalui Parlimen adalah cara yang mudah, telus, praktikal dan menjamin akauntabiliti.
Katanya, cadangan itu sesuai dalam keadaan luar biasa seperti yang berlaku kini.
"Saya tidak mahu tiap kali berlaku situasi sebegini, kita akan menggunakan institusi raja, yang mana kita seakan 'memaksa' membuat keputusan, kenapa perlu diheret dalam gelanggang politik?
"Jika tiap kali berlaku, maka mungkin institusi itu akan tercemar, ini yang saya bimbangkan. Kita perlu mempertahan dan melindungi institusi ini mengatasi politik kepartian, kita kena kembali proses yang ditetapkan dalam demokrasi iaitu kita serahkan ke Parlimen buat keputusan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/907403/jangan-heret-agong-dalam-politik-kepartian-dr-chandra-muzaffar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Chandra ni ayah kepada Samirah, yang dituduh membunuh suaminya sendiri tu kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Bosanlah dia ni. Lupa ke anak sendiri macamana?
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak dia lepas ke masuk penjara? Senyap dah kes ni |
|
|
|
|
|
|
|
anak ko pembunuh rilek ja lepas bebas |
|
|
|
|
|
|
|
Anak sendiri pun ada kes, sibuk je nk bg pendapat psl negara |
|
|
|
|
|
|
|
Menantu rentung.. Anak ko saspeknye. Diam la!!! |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tiba2 muncul...bg nasihat kat yg sepatutnya dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
tetibe bersuara ni dh knp? rengsa btl la kes anak die terlepas gitu |
|
|
|
|
|
|
|
me12345 replied at 23-11-2022 04:50 PM
Anak dia lepas ke masuk penjara? Senyap dah kes ni
Lepas bebas laaaa..dia kan presiden just.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekali acik forum cari mai....ngn 'nyonya mansur punya falsafah'...abeh ko. |
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 23-11-2022 04:56 PM
Menantu rentung.. Anak ko saspeknye. Diam la!!!
itu ka mayatnya |
|
|
|
|
|
|
|
Highflyer19 replied at 23-11-2022 09:17 AM
Tiba2 muncul...bg nasihat kat yg sepatutnya dulu...
Awani lah ni panggil dia jadi panel semalam.. ntah pape |
|
|
|
|
|
|
|
Omg
Boleh letak.pic lain ke..
Iols teringat cite zootopia dah neh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang sembang pasal pembentukan parlimen dok heret kes anak dia dh knp… betol la kata dia. |
|
|
|
|
|
|
|
tupai replied at 23-11-2022 04:52 PM
Anak sendiri pun ada kes, sibuk je nk bg pendapat psl negara
Kenapa disebabkan anak bapak kena bisu .. kena duduk berkurung dlm gua ka? Bodoh nya argument |
|
|
|
|
|
|
|
juboqhang replied at 23-11-2022 06:26 PM
Kenapa disebabkan anak bapak kena bisu .. kena duduk berkurung dlm gua ka? Bodoh nya argument :lol ...
Kalau anak sendiri x boleh di ajar…so x perlu la nk bg opinion utk negara…bodoh kan org mcm la diri tu pandai sgt…ops lupa puak2 korang kan terplaing pandai, terpaling urban & terpaling kaya |
|
|
|
|
|
|
|
Chandra sokong tak Bang Non jadi PM? Dulu bff, comolot. La ni? |
|
|
|
|
|
|
|
tupai replied at 23-11-2022 07:14 PM
Kalau anak sendiri x boleh di ajar…so x perlu la nk bg opinion utk negara…bodoh kan org mcm la d ...
Jadi mak bapak hang dok kontrol hidup hang lagi ka? Ok.. paham..paham patut la bingai. Spender mak pak choose kaaa?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|