CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 296|Reply: 0

[Pulau Pinang] 8 warga Filipina ditahan menyamar polis, samun

[Copy link]
Post time 23-11-2022 03:30 PM | Show all posts |Read mode
8 warga Filipina ditahan menyamar polis, samun



23 November 2022     03:10pm






Gambar hiasan - Foto 123RF




GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan geng yang bertindak menyamar polis sebelum menyamun mangsa, selepas menahan lapan warga Filipina dan seorang lelaki tempatan dalam serbuan di Jalan Penang, di sini pada 15 November lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, warga Filipina yang terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita bersama seorang lelaki tempatan yang kesemuanya berumur 30 hingga 50 tahun itu ditahan dalam operasi khas dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Pulau Pinang dan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

"Pada mulanya kami menerima laporan daripada seorang lelaki Bangladesh telah disamun oleh beberapa lelaki yang mendakwa anggota polis berhampiran sebuah premis pengurup wang di Jalan Penang di sini pada 4 petang 13 November lepas melibatkan kerugian wang tunai sebanyak RM14,800.

"Ekoran daripada laporan itu, polis melancarkan operasi sebelum menerima maklumat berhubung satu lagi kejadian samun di daerah Barat Daya dan kemudian bertindak mengekori dua kereta dinaiki sekumpulan suspek sebelum berjaya menahan kesemua mereka pada 2 petang 15 November,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Rabu.

Beliau berkata, susulan penahanan itu, polis merampas 13 telefon bimbit pelbagai jenama, 33 keping pelbagai jenis kad bank, pakaian, pasport, wang tunai sebanyak RM6,265 dan mata wang asing peso 5,840 serta dua kereta yang disewa geng terbabit sejak dua bulan lepas.

Katanya, siasatan awal mendapati modus operandi geng itu ialah bertindak menyamar sebagai anggota polis dan menahan mangsa membabitkan warga asing, kemudian mendakwa kononnya mangsa terlibat dengan jenayah sebelum menyamun mereka.

Mohd Shuhaily berkata, berdasarkan siasatan juga, geng itu terlibat sekurang-kurangnya tujuh kes menyamar polis dan samun di Pulau Pinang, dua kes di Kuala Lumpur dan satu kes di Melaka yang membabitkan kerugian sebanyak RM42,600.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati lelaki tempatan itu mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah dan kesemua mereka kini direman selama 10 hari bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 395 dan 170 Kanun Keseksaan. - Bernama





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.186977 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list