CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 260|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis terima 76 laporan sepanjang PRU-15

[Copy link]
Post time 23-11-2022 03:27 PM | Show all posts |Read mode
Polis terima 76 laporan sepanjang PRU-15


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain (tengah) pada sidang media mengenai sindiket samun membabitkan warga tempatan dan asing di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI





Georgetown: Polis negeri ini menerima 76 laporan sepanjang tempoh pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) antara 5 hingga 19 November lalu.

Daripada jumlah itu, 43 kertas siasatan dibuka dan empat kes berjaya diselesaikan dengan empat suspek dituduh di mahkamah.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, keseluruhan kertas siasatan yang dibuka semasa PRU-15 juga sudah diserah kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut.

Katanya, sepanjang tempoh itu juga, satu laporan polis diterima pada 18 November lalu berkaitan video tular di media sosial yang menyentuh isu agama membabitkan ceramah politik sebuah parti.

"Lapan laporan polis turut diterima daripada kontinjen lain membabitkan video itu yang mana tiga laporan dibuat di Kuala Lumpur, Perak (dua) serta masing-masing satu di Pahang dan Kelantan dan Sabah.

"Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USTJ) Bukit Aman mengikut Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata, polis menerima 33 laporan pada hari pembuangan undi dan 28 kertas siasatan sudah dibuka berkaitan nama dan kad pengenalan yang digunakan orang lain semasa membuang undi.

Katanya, kesemua kertas siasatan itu disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 iaitu kesalahan menyamar sebagai pengundi sebenar.

"Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih dua tahun dan denda RM5,000," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shuhaily berkata, 12 Sekatan Jalan Raya (SJR) dibuka di negeri ini.

Katanya, empat daripadanya dibuka di Seberang Perai Utara (SPU), tiga di Timur Laut, masing-masing dua di Seberang Perai Selatan (SPS) dan Seberang Perai Tengah (SPT) serta satu di Barat Daya.



Disiarkan pada: November 23, 2022 @ 3:17pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.126850 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list