CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 341|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pengerusi Penang Front Party, 3 individu didakwa kes pemerdagangan manusia

[Copy link]
Post time 23-11-2022 03:00 PM | Show all posts |Read mode
Pengerusi Penang Front Party, 3 individu didakwa kes pemerdagangan manusia


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



Dari kiri, Ooi Khar Giap, Lim Yong Choon, Woong Chew Hoe, dan Chye Lay Hoon, 52, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini. FOTO Danial Saad





Butterworth: Pengerusi Penang Front Party (PFP) bersama tiga individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 30 pertuduhan memperdagangkan manusia bagi tujuan eksploitasi kerja, membabitkan 10 mangsa warga tempatan sejak sembilan bulan lalu.

Tertuduh, Datuk Ooi Khar Giap, 55, Chye Lay Hoon, 52, Lim Yong Choon, 47, dan Woong Chew Hoe, 40, membuat pengakuan itu apabila kesemua pertuduhan berkenaan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut 10 pertuduhan yang dibaca bersama, Khar Giap yang juga pengarah sebuah syarikat dan Lay Hoon, seorang pengurus sumber manusia didakwa mencapai niat bersama telah memperdagangkan 10 mangsa warga tempatan bagi tujuan buruh paksa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Taman Tangling Indah, Simpang Ampat di Seberang Perai Selatan antara 14 Februari hingga 27 Oktober lalu.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 15 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di mahkamah sama, dua pekerja kepada pengarah syarikat terbabit, Yong Choon dan Chew Hoe yang masing-masing berdepan 10 pertuduhan, turut mengaku tidak bersalah bersubahat bersama dua individu berkenaan dengan memperdagangkan manusia bagi tujuan buruh paksa di lokasi dan tarikh sama.

Kedua-dua lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 12 ATIPSOM yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 15 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Teh Yi Kai dan Pang Chuin Keat.

Ketika prosiding, kedua-dua peguam yang mewakili tertuduh memohon wang ikat jamin ditetapkan pada jumlah yang munasabah memandangkan kesemua anak guam mempunyai tanggungan keluarga dan juga anak yang masih bersekolah.

Noor Aini kemudian membenarkan keempat-empat tertuduh diikat jamin dengan jumlah keseluruhan RM362,000 dengan masing-masing seorang penjamin.

Dalam pada itu, mereka juga dikenakan syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan, selain pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Januari tahun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.


Disiarkan pada: November 23, 2022 @ 2:37pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.062612 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list