CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 255|Reply: 0

[Pulau Pinang] P Pinang terbuka bincang PRN serentak

[Copy link]
Post time 23-11-2022 02:58 PM | Show all posts |Read mode
P Pinang terbuka bincang PRN serentak


BERNAMA



CHOW Kon Yeow di Dewan Undangan Negeri, kelmarin. FOTO Mikail Ong




Georgetown: Kerajaan Pulau Pinang terbuka untuk berbincang dengan Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan dan Selangor sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh dibubarkan serentak, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan bersama.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, mengikut perlembagaan, DUN Pulau Pinang akan tamat pada 2 Ogos 2023 dan PRN perlu diadakan dalam 60 hari selepas itu.

"Bagaimanapun, isu ini akan diserahkan kepada majlis pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebab ia juga melibatkan dua negeri PH yang lain iaitu Selangor dan Negeri Sembilan, manakala negeri yang di bawah PAS mungkin ada pertimbangan mereka.

"Kita terbuka untuk rundingan jika semua negeri ini setuju, maka boleh diadakan pada tarikh yang sama. Tapi terpulang kepada PH dan PN (Perikatan Nasional) untuk tentukannya," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Tambahnya, tempoh tamat DUN Pulau Pinang mengikut perlembagaan adalah lima tahun bermula dari tarikh pertama DUN bersidang selepas PRU-14 pada 9 Mei 2018, maka DUN akan terbubar sendiri sebab sudah genap lima tahun.

Sebelum ini, Majlis Presiden PH mengambil keputusan untuk tidak membubarkan Dewan DUN Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, manakala PAS turut tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu, dan Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).


Disiarkan pada: November 23, 2022 @ 2:54pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.091571 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list