CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 254|Reply: 0

[Pulau Pinang] Warga asing menyamar pihak berkuasa samun warga asing lain

[Copy link]
Post time 23-11-2022 02:36 PM | Show all posts |Read mode

MOHD. SHUHAILY Mohd. Zain (dua dari kiri) menunjukkan antara barangan yang dirampas daripada sindiket samun warga asing dalam sidang akhbar di IPK Pulau Pinang, George Town, Pulau Pinang, hari ini. - UTUSAN/IQBAL HAMDAN




GEORGE TOWN: Taktik licik sekumpulan warga asing yang menyamar sebagai anggota pihak berkuasa untuk menyamun warga asing lain memakan diri apabila sembilan anggota sindiket itu ditahan polis di Jalan Penang, di sini pada 15 November lalu.

Mereka ditahan selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki warga Bangladesh yang kerugian sebanyak RM14,800 selepas disamun sindiket berkenaan berhampiran sebuah kedai pengurup wang di Jalan Penang dekat sini, 13 November lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, sembilan suspek yang ditahan itu terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan manakala selebihnya warga Filipina termasuk seorang wanita berusia antara 30 tahun hingga 50 tahun.

Beliau berkata, sindiket itu mula aktif bermula tahun ini dan turut melakukan jenayah ugutan serta samun terhadap warga asing tersebut di Kuala Lumpur dan Melaka selain di negeri ini.

“Kesemua suspek warga asing itu mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan memasuki negara ini menggunakan visa pelancong.

“Malah, mereka turut menyewa dua buah kereta untuk menjalankan kegiatan jenayah samun tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Shuhaily, dengan tumpasnya sindiket itu, polis percaya dapat menyelesaikan 10 kes samun melibatkan warga asing masing-masing tujuh di negeri ini, dua kes di Kuala Lumpur dan satu kes di Melaka melibatkan kerugian sebanyak RM42,600.

Katanya, selain wang tunai berjumlah RM6,265 dan mata wang asing Peso berjumlah 5,840,  polis turut merampas beberapa barangan daripada sindiket itu seperti 13 unit telefon bimbit, kad bank (33), pasport (dua), jam tangan (empat) dan gelang (dua utas).

Tambah beliau, ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati kesemua mereka negatif dadah, namun suspek warga tempatan mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Ujarnya, kesemua suspek kini direman selama 10 hari sehingga esok dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan. – UTUSAN 

https://www.utusan.com.my/nasion ... n-warga-asing-lain/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.250099 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list